Terjemahan

Hadis Anas r.a katanya:
Aku telah menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan Zainab. Rasulullah s.a.w telah menghidangkan kepada orang ramai, roti dan daging. Rasulullah s.a.w menyuruh aku menjemput mereka, apabila mereka selesai makan. Rasulullah s.a.w bangun lalu beredar dan aku mengekori baginda. Ketika itu aku dapati masih ada dua orang lelaki sedang asyik berbual dan masih belum keluar. Ketika Rasulullah s.a.w mula masuk berjumpa dengan isteri-isterinya, baginda mengucapkan salam kepada setiap seorang dari mereka: Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: Baik! Wahai Rasulullah dan bertanya: Bagaimana isterimu? Rasulullah s.a.w menjawab: Baik! Setelah selesai, baginda kembali bersamaku. Ketika sampai di pintu didapati dua lelaki itu masih lagi asyik berbual. Apabila keduanya melihat Rasulullah s.a.w pulang, kedua-duanya bangkit dan keluar dari rumah Rasulullah s.a.w. Aku tidak pasti mengapa mereka keluar. Adakah aku telah menyuruh mereka supaya keluar atau wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w menyuruh mereka keluar. Ketika baginda meletakkan kaki di ambang pintu setelah pulang bersamaku, baginda melabuhkan tirai antaraku dengan baginda dan ketika itu turunlah firman Allah: لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُوءْذَنَ لَكُمْ Hingga ke akhir ayat, yang bermaksud: Jangan kamu memasuki rumah Nabi kecuali setelah mendapat keizinannya. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2565

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my