Terjemahan

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Isteri Rifaah telah datang menemui Nabi s.a.w seraya berkata: Aku pernah menjadi isteri kepada Rifaah tetapi dia telah menceraikan aku sebanyak tiga kali kemudian aku telah berkahwin dengan Abdul Rahman bin Az-Zubair. Tetapi apa yang aku rasai bersamanya seperti bulu-bulu kain iaitu tidak bahagia bersamanya. Rasulullah tersenyum dan berkata: Adakah kamu ingin kembali semula bersama Rifaah, tetapi kamu tidak boleh bersamanya sehinggalah kamu merasai kenikmatan berjimak dengannya dan dia merasai kelazatan jimak bersama kamu. Aisyah menyambung lagi: Ketika itu Abu Bakar bersama baginda dan Khalid berada di pintu menunggu keizinan untuk masuk, lalu Khalid memanggil Abu Bakar dan bertanya: Wahai Abu Bakar! Adakah kamu dengar apa yang dia nyatakan kepada Rasulullah s.a.w?. Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2587

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my