Terkini  Popular    Mula Topik

Bunga Oh...bunga....

2002-07-03 09:22:30
Oleh
Mami Ros
Bukan lama sangat tak buat posting kat sini ... sibuk ngan tugas.. so macam maca cerita denganr... jadi nak hilangkan tension.... meh dengar cerita nie.......

Pada suatu hari , Sarip Dol ,ketua samseng Kg Dusun.. (bukan warga mymasjid tu)... telah singgah lesebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikat kat bawah pokok berdekatan , member pun terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang didalam warung terdiam seketika, tanda respect... (Samseng katakan...).. Sarip minum sowang sowang sambil berdengus. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakukan dibelakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar saperti biasa.
Masa nak balik tu, member terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.... Apalagi, dia punmasuk balik kedalam warung dan mengherdik "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. lepas tu, aku nak keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu. faham???? Kalau tidak , trajedi kampung Mawar akan berulang lagi. Korang betul betul tak mau tau apa yang terjadi kat kampung tu kan"...
Setengah jam kemudian , Sarip pun keluar dan tengok basikal dia tak ada dibawah pokok...
"Nanti, nanti.....En. Sarip, " kata warung tauke."Maaf jika saya bertanya.... er.. apa telah terjadi di kampung Mawar?"...."Tak ada ape." Aku kena balik jalan kaki"....

Moral of the story:-

Jangan tunjuk lagak dan jangan tuduh sebarangan....
nanti sendiri yang menerima padahnya....

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my