Oleh K-Car GTR
16-Jul-2002 19:24:31
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>Ramai lelaki apabila memandang wanita, mereka mengklasifikasikan kepada
>>tiga jenis wanita; iaitu wanita genit, wanita ibu dan wanita sahabat.
>>
>>Wanita genit ialah si cantik jelita yang sentiasa memakai pakaian yang
>>indah indah. Ttingkahlakunya menarik dan memikat hati. Semua kehendak
>>kehendaknya harus dipatuhi. Dan segala keinginannya merupakan
>>perintah-perintah yang harus dijunjung. Wanita genit biasanya bersikap
>>terlalu mementingkan diri. Seluruh perhatiannya ditumpukan untuk mencapai
>>apa saja yang diingininya. Dia selalu bertindak kejam dan bersikap suka
>>menyeksa tanpa belas kasihan dan timbangrasa.
>>
>>Wanita ibu ialah wanita yang baik hati yang sentiasa menyintai rumah
>>tangganya, memuja anak-anaknya dan menjunjung suaminya,dia adalah seorang
>>suri rumah tangga yang sentiasa lincah bekerja dan berusaha di merata
>>pelosok rumahnya dan tidak jemu-jemu melaksanakan tugas rumah tangga yang
>>tidak habis itu.
>>
>>Sedangkan wanita sahabat ialah wanita yang bersikap selaku seorang kakak,
>>dia adalah teman hidup yang sentiasa meriah dan sanggup turut serta
>>memikul untung rugi dalam kehidupan yang dialami oleh suaminya. Dia adalah
>>seorang wanita yang berotak gigih, yang sentiasa berdiri disamping
>>suaminya untuk memberi perangsang dan mengasuh agar suaminya tampir ke
>>muka.
>>
>>Menurut hemat anda manakah diantara tiga jenis wanita ini yang paling
>>dicintai atau paling diingini oleh lelaki?
>>
>>Jawapnya tidak seorang pun!
>>
>>Tidak wanita genit, kerana ai seorang wanita yang berhati kejam dan
>>dangkal sentimennya, dan tidak wanita ibu, kerana dia seorang wanita yang
>>terlalu mengorbankan diri, kecantikan dan kemudaannya demi kebahagiaan
>>keluarganya saja, dan tidak juga wanita sahabat kerana ia juga disukai
>>lelaki, tapi malangnya lelaki tidak suka mengawini wanita jenis ini.
>>
>>Tiap-tiap satu dari tiga jenis wanita tadi tiada satu pun yang disukai
>>lelaki, kerana lelaki mahu ketiga-tiga jenis wanita itu sekali.
>>
>>Isteri yang berjaya atau yang dapat membahagiakan suaminya berada
>>disampingnya, ialah wanita yang terkumpul padanya tiga watak sekali, iaitu
>>watak wanita genit yang memikat hati, watak ibu yang pengasih dan
>>penyayang dan watak wanita sahabat yang jujur dan berbudi, kerana wanita
>>inilah saja yang dapat memenuhi seluruh keperluan yang di impikan oleh
>>seorang lelaki dan bila ia berjaya mendapatkan perempuan seperti ini, maka
>>ia tidak akan mengangkat mukanya mencari pempuan lain dan dia akan memberi
>>seluruh kasih sayangnya yang sentiasa segar dan membaru tenpa akhiran.
>>
>>Satu hakikat yang tidak perlu disangsikan lagi, ialah lelaki itu sentisa
>>kepingin kepada kasih sayang, sentiasa dahaga kepada kejelitaan dan
>>sentisa kagum dengan sifat-sifat keibuan dan sesurian rumah tangga yang
>>dapat menjadikan rumah tangga seperti taman syurga yang sungguh indah,
>>tetapi wanita yang hanya mempunyai satu ciri sahaja dari tiga ciri
>>peribadi tersebut jarang sekali dapat mengambil tempat di hati
>>lelaki.wanita yang bijak sana sentiasa menyedari betapa besarnya perasaan
>>senang hati yang dapat dinikmati oleh suaminya dari senyuman-senyumannya
>>yang manis dan tindak-tanduknya yang mesra atau dari kata-kata pujiannya
>>terhadap kemampuan-kemampuan suaminya atau terhadap rupa dan pakainnya
>>yang tampan dan kacak atau terhadap kebijaksanaannya yang dalam melakukan
>>sesuatu.
>>
>>Tidak ada hati seorang lelaki pun yang tidak dapat ditembusi oleh paras
>>yang jelita dan gurau senda yang lembut. Inilah yang dibangkitkan oleh
>>wanita genit pada hati lelaki, dari itu mengapa puan tidak cuba
>>bangkitkannya pada hati suami puan pula? Pandangan-pandangan yang mesra,
>>jelingan-jelingan yang manja, pakaian yang selalu kemas dan kacak,
>>bau-bauan yang semerbak harum dan cakapan-cakapan dengan nada yang lembut
>>mesra, semuanya itu merupakan bahan-bahan yang sanggup memberi kenikmatan
>>pada lelaki, bahan-bahan itu lebih mendapat kesan dari masakan-masakan
>>enak yang puan usahakan dengan sepenuh kepandaian, dan lebih pengaruh dari
>>rumah tangga yang teratur yang puan susunkan di sepanjang hari.
>>
>>Tetapi puan harus ingat bahawa terlalu banyak berhiyas dan mendadankan
>>diri hingga puan lupakan kewajipan-kewajipan yang lain atau hingga
>>menelankan seluruh perhatian kaum lelaki, namun mereka tidak lama akan
>>merasa bosan dan jemu kepada puan dan akhirnya mereka akan melupai puan.
>>Satu masa, jika puan dapati diri puan sendirian, hanya ditemani oleh
>>alat-alat solek saja, puan nanti akan merasa betapa besarnya kerugian yang
>>dideritai puan.
>>
>>Wanita yang seperti tadi tidak dapat menjadi sahabat yang lama kerana dia
>>hanya tahu mengambil, tetapi tidak tahu memberi, ini bererti hibungan
>>saling mengambil dan memberi yang harus wujud untuk mengekalkan
>>persahabatan dan kasih sayang. Wanita seperti tadi lupakan satu dasar,
>>iaitu kita tidak bolah mengambil melainkan menurut sebanyak mana kita
>>memberi, dan kita tidak harus mengharapkan sesuatu faedah tanpa satu
>>pemberian.
>>
>>Amatlah salah bagi seorang perempuan yang berfikir bahawa dia dapat
>>mencapai kebahagian hidup dengan memencikan diri, kerana sikap ini akan
>>menghilangkan kesempatan-kesempatan bergaul dan bermesra dengan
>>orang-orang lain.
>>
>>Kejelitaan dan kegenitan saja sudah cukup, wanita yang berjaya tidak hanya
>>berpegang dengan kejelitaan tubuh badannya saja,tetapi ia harus berpegang
>>dengan kebolehan-kebolehan memahami, fikiran-fikiran yang matang dan
>>sentimen-sentimen kasih yang tinggi.
>>
>>Seandainya puan menanyakan seorang pemuda, apa fikirannya terhadap seorang
>>wanita yang mempunyai watak-watak suri rumahtangga yang istimewa, nescaya
>>dia akan menjawab dengan tawar bahawa wanita jenis itu merupakan wanita
>>yang paling akhir sekali menarik perhatiannya, tetapi fikiran yang seperti
>>itu dengan segera akan hapus apabila dia berdepan dengan seorang isteri
>>yang bijak, yang dapat menimbulkan pada hatinya perasaan rindu pada
>>rumahtangga yang teratur dan aman tenteram.
>>
>>Tidak syak lagi bahawa setiap sebab pokok yang menimbulkan kemarahan
>>lelaki terhadap perempuan yang memberi seluruh perhatiannya kepada
>>rumahtangga saja ialah kerana perempuan itu melupakan hak suaminya yang
>>ingin memandang isterinya sentiasa cantik dan kacak bukan berpakaian
>>selekeh yang bersemarak dengan bau-bauan dapuran.
>>
>>Lelaki mungkin terpukau dengan wanita genit, dia mungkin memberi seribu
>>janji untuk mendirikan rumahtangga tetapi jarang sekali dia mengahwininya
>>kerana biasanya lelaki itu mengahwini perempuan-perempuan yang dirasainya
>>dapat memahami kehendak-kehendak jiwanya.Mengenai watak-watak wanita
>>sahabat, maka untuk memperolehi watak-watak itu lebih dulu perlu memahami
>>suami puan, cuma perhatikan bilakah waktunya dia suka membaca dan bilakah
>>pula waktunya dia suka mengambil angin, carilah filem-filem yang puan tahu
>>amat disukainya dan pilihlah buku-buku yang dapat menghiburkannya dan
>>bertindaklah sebagai seorang teman yang dapat membangkitkan perasaan
>>bahawa dia sentiasa ditemani.Hal-hal inilah yang tidak dapat dilaksanakan
>>oleh wanita genit.
>>
>>Tetapi ingat, apabila lelaki itu dapati temannya bersikap seperti seorang
>>hamba sahaja yang hina dina, yang hanya patut memenuhi segala
>>kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutannya dan memandang jelingan-jelingan
>>dan isyarat-isyaratnya sebagai perintah yang wajib, maka ia tidak lama
>>akan menjemui wanita seperti itu kerana lelaki kadang-kadang suka
>>ditentang dan tidak mengingati hidupnya yang statis selama-lamanya dan
>>inilah yang mendorong lelaki itu selalu meninggalkan isterinya dan
>>berlutut di lutut wanita-wanita genit yang sanggup memeningkan kepalanya,
>>membuangkan waktu dan menghancurkan kecergasannya
>>
>>Berdasarkan hakikat ini puan tidah seharusnya memainkam perasaan wanita
>>sahabat sahaja, jadikanlah diri puan itu seorang wanita yang mempunyai
>>watak-watak wanita ibu, watak-watak wanita genit yang rindu dendam dan
>>watak-watak wanita sahabat serentak dalam satu masa, puan harus sedar
>>bahawa lelaki itu satu makhluk yang rumit yang sukar dimengerti, sedangkan
>>keperluan-keperluan dan kehendak-kehendaknya adalah lebih rumit dan
>>kompliketed lagi.
>>
>>Apabila puan dapati suami puan menganggapkan puan sebagai sumber ilham
>>kepada jiwanya, sebagai api pencetus sentimennya dan sebagai teman yang
>>dapat memuaskan kehendak-kehendak jasadnya, maka itulah bukti bahawa puan
>>seorang isteri yang paling bahagia, seorang isteri yang cukup dengan
>>sifat-sifat isteri yang ideal.
Kumencari ku menanti

Penawar gusar hati

Agar bisa ku berlari

Mengejar realiti ('_')

webmaster@mymasjid.net.my