Terkini  Popular    Mula Topik

Solat Yang Khusyuk

2003-10-05 12:03:13
Dalam satu riwayat, dijelaskan bahawa seorang abid (ahli ibadat), Isam bin Yusuf, yang terkenal dengan sifat warak dan khusyuk dalam solat, selalu khuatir takut-takut ibadatnya kurang khusyuk.

Justeru, Isam selalu bertanya kepada orang lain, yang pada pandangannya lebih tinggi ibadatnya, semata-amat untuk memperbaiki solatnya.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid, Hatim Al-Isam. Ketika bertemu Hatim, Isam bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara tuan mengerjakan solat?”

Kata Hatim: “Apabila masuk waktu solat aku berwuduk zahir dan batin.”

Tanya Isam: “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”

Jawab Hatim: “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Wuduk batin pula ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara, iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan , tidak sukakan dunia, tidak mengharap pujian orang (riya’), meninggalkan sifat bangga diri, meninggalkan sifat khianat dan menipu serta membuang sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata lagi : “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

“Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan. Aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku.

“Aku bayangkan seolah-olah aku berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku.

“Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku fahami maknanya.
"Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan, dan aku memberi salam dengan ikhlas.
“Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar kata-kata itu, maka dia menangis kerana teringatkan ibadatnya yang kurang baik, dibandingkan dengan Hatim. Akulah aku

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my