Terkini  Popular    Mula Topik

Wanita Dan Sifat Pemalu

2003-10-05 12:08:40
"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat
menarik perhatian lelaki..."
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai
kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang
suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.
Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah
berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,
baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di
perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2
ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita
itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg
bermaksud;

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding
lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa
malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat
perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,
apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai
pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila
berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi
menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu
kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan
berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.
Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2
ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia
takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak
berjalan seorang dia takut kalau ada orang
mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak
tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu?
Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.
Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang
tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan
mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan
bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w
telah bersabda yg bermaksud;

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis
ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu
adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg
terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas
neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui
malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.


Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu
malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup
melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali
sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak
berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya
iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut
kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan
idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak
takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas
mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara
automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh
dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja.
Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan
dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran
berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada
lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan
sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi
percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat
malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan,
berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani
oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala
buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan
kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan
adalah mereka yg bertaubat.

Petikan : Muslimah, m/s 9 (bil.183)

Akulah aku

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my