Oleh MeowHidayah
10-Oct-2003 10:21:18
Di MyMasjid ini sudah ada artikel yang telah dihantar oleh sahabat sekalian berkenaan dengan fadhilat Rejab dan Syaaban. Ini hanyalah penjelasan dan huraian tambahan yang ana rasa patut dikongsi bersama dengan antum sekalian. Penjelasan ini telah dibuat oleh Ustaz Abd Rahim Raffiee pada 22 Oktober 2002 dalam menyampaikan kuliah hadis di Surau Al-Furqan, Fasa 1 Taman Seri Serdang.
Ada orang tanya saya pasal saya baca khutbah pada dua minggu yang lepas. Di masjid dalam tu ana sentuh mengenai masalah berpegang kepada Sunnah Rasulullah S.A.W. Dan dalam khutbah tu ana merujuk kepada suatu tulisan, di bawah tajuk "Hadis Palsu Rejab dan Syaaban Perlu Dihenti", itu tajuk. "Hadis Palsu Rejab dan Syaaban Perlu Dihenti" tulisan oleh Ustaz Mohamad Asri Zainal Abidin. Tulisan dia dan saya, apabila baca rencana dia saya berpuas hati dengan penulisannya kerana semuanya sekali ada rujukan.
Dia memulakan rencana ini dengan menulis bahawa kita wajib memelihara agama kita daripada bercampur aduk dengan rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Dia kata jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan atas nama agama. Itu dia mula ye. Dan dia menekankan tentang hadis Rasulullah S.A.W. yang memperingatkan kita supaya jangan bercakap atas nama agama menggunakan hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah S.A.W.
Hadis itu ialah hadis Rasulullah S.A.W., hadis mutawatir yang berbunyi ... yang bermaksud, "Siapa berbohong atas diriku, hendaklah dia bersedia untuk masuk neraka". Maksud berbohong ini, mengatakan sesuatu yang Nabi tak kata, atas, kalau kita katakan "Ini Nabi kata". Misalnya saya mengatakan, saya bagi contoh, saya mengatakan, "Sesiapa berpuasa 12 hari bulan Syawal selepas puasa Ramadhan, maka dia dapat pahala seperti puasa dua tahun". Pasal saya guna akal, sebab Nabi kata siapa berpuasa 6 hari dapat pahala puasa setahun. Lalu saya kata siapa-siapa berpuasa 12 hari maka dia dapat pahala puasa dua tahun. Saya melakukan dosa beras wal 'iyyazubillah, kalau buat begitu.
Walaupun pada hakikatnya kalau orang nak puasa 12 hari bulan Syawal tak salah, memang baik. Dia lebih baik dari orang yang puasa 6 hari. Tapi nak kata "Nabi bersabda" sedangkan Nabi tidak bersabda begitu, hukumnya adalah tidak harus. Itu yang di peringkat awal apa yang ditulis oleh Ustaz Asri ini. Kemudian dia terus pula menyentuh mengenai masalah berhubung dengan amalan kita di bulan Rejab dan amalan di bulan Syaaban.
Sebelum daripada itu dia menyebut, kadang-kadang orang buat hadis. Hadis ini hadis palsu, tanpa menyebut bahawa hadis itu adalah hadis palsu. Sebab tu dia kata, kalau kita nak menyebut hadis itu sebagai hadis dhaif, kita hendaklah menyatakan ia adalah hadis dhaif. Haram kita menyebut, sabda Rasulullah S.A.W., sekian-sekian, dengan menganggap ianya sebagai hadis fadhilat, dengan tidak menyebut hadis ini hadis dhaif, walaupun kata-kata itu mengandungi apa-apa kesalahan.
Kita kata tujuan saya sebut begini supaya orang rajin. Misal sebagai contoh. Kita di bulan Ramadhan nanti, tak salah, malam pertama akan kita sebut, inilah fadhilat sembahyang tarawikh. Kemudian kita kata, siapa yang sembahyang tarawikh malam besok dia akan dapat fadhilat-fadhilat ini pula, berasaskan hadis Rasulullah S.A.W. Setakat itu aje. Hukumnya haram. Kita kena sebut, berasaskan hadis fadhilat. Kita kata hadis ini hadis dhaif, tapi untuk fadhilat, tidak menjadi kesalahan kita menyebutnya.
----------------------------------------------------------1
Bila hadis fadhilat disebut, apa tujuan ulama' mula-mula buat hadis fadhilat. Tujuan ulama' ialah supaya orang rajin. Tapi kalau kita dapati dengan menyebut hadis fadhilat tu orang jadi lebih tak rajin maka jangan sebutlah. Maksud saya jadi lebih tak rajin ni, bila dia dah sembahyang tarawikh tiga malam dia jumpa fadhilat, bebas daripada azab api neraka. Dapat pahala seperti pahala seratus orang mati syahid, dia tengok aje. Ini malam ketujuh kira bagus betul. Ini malam 21. Jadi malam 7 besok saya pergi, 21 saya pergi. Kerana kita popularkan hadis ini, dia memilih untuk tarawikh dua tiga malam aje. Sedangkan ulama' buat dulu, tujuan dia buat dia nak dapat pahala kerana orang ramai sembahyang tarawikh.
Begitu juga tadi saya kata, apabila kita bawak hadis dhaif menyatakan fadhilat malam Nisfu Syaaban, maka berduyun-duyunlah orang yang nak ke masjid atau ke surau pada malam Nisfu Syaaban. Tujuan ulama' ialah supaya malam itu orang ramai dan lepas itu diikuti dengan ramai berterusan. Tapi tak kita, yang salah faham tadi itulah, malam itulah dia percaya bahawa malam itu, malam ditutup buku ditukar dengan buku yang baru. Dan kata Rasulullah, aku suka kalau ditutup bukuku itu dalam keadaan aku berpuasa. Lalu ditulis puasa sunat satu Nisfu Syaaban. Satu lagi satu Rejab. Sedangkan kita disuruh membanyakkan puasa sunat, puasa selang sehari, puasa hari-hari putih (13, 14, 15). Kalau 13, 14, 15 tolak bulan Ramadhan 3 hari, tolak satu hari bulan Zulhijjah, berapa hari kita berpuasa dalam masa 12 bulan - sebulan 3 hari.
Tapi kerana kita berpegang kepada hadis fadhilat 1 Rejab, fadhilat Nisfu Syaaban, lalu ramai di kalangan kita yang puasa setahun, dua hari. Puasa sunat, setahun dua hari. Itulah yang dia nak puasa. Jadi, dah jadi tak betul lagi bab-bab hadis fadhilat ini. Sebab itu ulama' menyatakan bahawa adalah suatu yang cukup tidak apabila kita menyebut hadis fadhilat dengan tidak menyebut tentang fadhilatnya.
Misalnya ada satu hadis yang selalu kita sebut iaitu hadis, "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibnu Jahdam, nama dia. Dan disertakan kitab rujukan, lihat dia kata, kitab Ibnul Qayyim, saya waktu khutbah saya tak sebut rujukan dia. Kitab Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah, kitab Al-Manar, Al-Munith, dan As-Shahih wad Dhoif, muka surat 95 cetakan Maktab Al-Masbu'atul Islamiyyah, Halaq, Syria. Rujuk kitab itu yang menyatakan dengan jelas bahawa hadis ini adalah hadis yang dibuat oleh seorang yang bernama Ibnu Jahdam. Ibnu Jahdam ini ialah, nama dia sebenar Ali bin Abdillah bin Jahdam Az-Zahid. Beliau meninggal dunia pada tahun 414 H. Beliau seorang guru sufi di Mekah.
Kita satu lagi bila kata guru sufi ni, maka kita anggap dia macam Nabi. Ini pun tak betul jugak. Beliau juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat raghaib. Solat raghaib ini, inilah yang dikatakan solat pada Jumaat pertama bulan Rejab. Ada yang menyebut begitu.
--------------------------------------------------------- 2
Sila download seperti biasa.
Penjelasan 1
Penjelasan 2Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid...



http://www30.brinkster.com/meowhidayah/



p/s: kalo takleh bukak, refresh byk kali...
webmaster@mymasjid.net.my