Terkini  Popular    Mula Topik

Tidak Halal Bersalaman

2004-10-14 14:59:46
.......
Buat panduan bersama .....
Sabda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya, seandainya dicucukkan jarum besi di kepala seseorang lelaki, adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.
Orang perempuan yang tidak halal bagi orang lelaki iaitu orang yang bukan muhrim bagi bersalaman adalah seperti berikut:
i.Anak- anak perempuan kepada adik beradik bapa dan emak kamu iaitu sepupu kamu.
ii.Sepupu perempuan kepada emak, bapa, nenek dan datukkamu dan seterusnya.
iii.Adik dan kakak ipar perempuan.
iv.Isteri kepada bapa saudara, tok saudara keatas.
v.Ibu mertua kepada adik/ abang/ kakak.
vi.Adik/ kakak perempuan kepada adik/ kakak/ abang ipar.
vii.Anak perempuan kepada adik beradik isteri kamu.
viii.Kesemua perempuan yang tidak ada ikatan keluarga sama ada Islam atau kafir selain daripada yang disenaraikan di atas.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my