Oleh Reenhana
29-Oct-2004 17:43:03
Bersabda Sulaiman
> > > " Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
> > > kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
> > > kepadaku?"
> > >
> > > Berkata Ifrit di antara Jin
> > >
> > > " Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
> > > ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"
> > >
> > > Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab
> > >
> > > " Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"
> > >
> > > AnNaml: 38-39
> >
> >
> --------------------------------------------------------------------------
> --------------------------------------------------------------------------
> --
> --------------------------------------------------------------------------
> --
> --------------------------------------------------------------------------
> --
> ----
> > >
> > > Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai
> > > tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak
> > > pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000
> > > tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu
> > > ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang
> > > berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen
> > > Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus
> > > sebelum helikopter itu ditemui.
> > >
> > > Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai
> > > jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan
> > > bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
> > >
> > >
> > >
> > > - Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa
> > > seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima
> > > orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin
> > > Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai
> > > 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau
> > > lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di
> > > Sarawak.
> > >
> > >
> > >
> > > -Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara
> > > kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke
> > > destinasinya iaitu Ba'kelalan.
> > >
> > > -Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi
> > > menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
> > >
> > > - Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi
> > > terhempasnya
> > >
> > >
> > >
> > > - Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di
> > > mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25
> > > pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD,
> > > dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di
> > > situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
> > >
> > > -
> > >
> > > - Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap
> > > dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan
> > > suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam
> > > hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.
> > >
> > > - Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga
> > > syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi
> > > satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat
> > > dikesannya
> > >
> > > - Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari
> > > badan Perhutanan Serawak
> > >
> > > - Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan
> > > Korea Selatan
> > >
> > >
> > >
> > > Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun
> > > didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja
> > > helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu
> > > persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal
> > > termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang
> > > bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*
> > >
> > >
> > >
> > > - Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes>
> > > ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan
> > > penaung Skylab dan anak buahnya.
> > >
> > > - Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran
> > > Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan
> > > Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari
> > > bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-
> > > lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang
> > > bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
> > >
> > >
> > >
> > > Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka
> > > bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka
> > > Ustaz Ashaari di Labuan.
> > >
> > > Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil
> > > jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin
> > > bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke
> > > bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka
> > > ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
> > >
> > >
> > >
> > > Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia
> > > membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat
> > > pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah
> > > mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia
> > > itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru
> > > yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario
> > >
> > > Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit
> > > wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir
> > > miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.
> > >
> > > Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan
> > > barang tawanan dimulakan.
> > >
> > > Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung
> > > telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu
> > > menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
> > >
> > >
> > >
> > > Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada
> > > jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi
> > > mencari.
> > >
> > >
> > >
> > > 1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang,
> > > Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya
> > > melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini,
> > > memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt
> > > George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan
> > > yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati
> > > kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua
> > > orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana -
> > > di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui
> > > dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
> > >
> > >
> > >
> > > 2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua
> > > dimulakan. Pada 11.45 pagi
> > >
> > > mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya
> > > sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini,
> > > Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin
> > > Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu
> > > Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh
> > > diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding.
> > > Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan
> > > perbincangannya dengan manusia ini.
> > >
> > > Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan
> > > sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
> > >
> > > Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami
> > > sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri
> > > petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"
> > >
> > > Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"
> > >
> > > Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya,
> > > mereka balik untuk solat Zuhur.
> > >
> > >
> > >
> > > 3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan
> > > sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan>
> > > pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula
> > > yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi
> > > penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar
> > > hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu
> > > alam jin.
> > >
> > > Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya
> > > oleh Jin.
> > >
> > >
> > >
> > > Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum
> > > pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari
> > > heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan
> > > dihalakan ke udara, metode
> > >
> > > secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba
> > > ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah
> > > gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya
> > >
> > >
> > >
> > > Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan
> > > tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu
> > > berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia
> > > terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
> > >
> > >
> > >
> > > Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan
> > > terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan
> > > berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat"
> > > Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja
> > > sehari jadi 3 hari!
> > >
> > >
> > >
> > > 4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada
> > > perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah-
> > > olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih
> > > tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat
> > > sangat nak buka ni?."
> > >
> > > Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu
> > > perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri.
> > > Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke
> > > Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu.
> > > Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang
> > > diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan
> > > oleh jin-jin di situ.
> > >
> > > Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari
> > > ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang
> > > ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu
> > > Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario
> > > perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang
> > > telah diatur oleh Tuhan.
> > >
> > >
> > >
> > > Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli
> > > menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang
> > > bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan
> > > melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih
> > > menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok
> > > patah itu..
> > >
> > > " Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi
> > > sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa
> > > naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu
> > > memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa
> > > yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat
> > > sesuatu".
> > >
> > >
> > >
> > > 5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan
> > > pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi.
> > > Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air
> > > bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota
> > > Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00
> > > petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.
> > >
> > > Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
> > >
> > > Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam
> > > 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa
> > > ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin
> > > serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.>
> > >
> > >
> > >
> > > 6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia
> > > yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli
> > > itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman
> > > terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung
> > > Murut sudah hilang!!"
> > >
> > > Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu,
> > > yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli
> > > itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk
> > > mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila
> > > mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus
> > > ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.
> > >
> > >
> > >
> > > Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli
> > > itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat
> > > Qursi dan selawat pada RSAW.
> > >
> > >
> > >
> > > Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada
> > > sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando
> > > diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan
> > > Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu.Ada yang
> > > mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan
> > > heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim
> > > disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.
> > >
> > > Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan
> > > sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah
> > > rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib
> > > semula waktu itu!!
> > >
> > > Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-
> > > tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
> > >
> > >
> > >
> > > 7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang
> > > berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang
> > > berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum
> > > itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).
> > > Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point
> > > helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana
> > > tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota
> > > penyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui
> > >
> > > " Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu
> > > mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di
> > > kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.
> > >
> > > Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika
> > > terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.
> > > Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter,
> > > termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat
> > > lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang
> > > teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau
> > > kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang
> > > tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-
> > > kayan disapu bersih.
> > >
> > > Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda
> > > kehadiran jin-jin Islam"
> > >
> > > Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan
> > > kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan
> > > asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang
> > > bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal
> > > batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas
> > > di situ.
> > >
> > >
> > >
> > > Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak
> > > menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam
> > > operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
> > > Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan
> > > pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab
> > > pada akhbar utama di Semenanjung.
> > >
> > >
> > >
> > > [Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam>
> > > ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu
> > > sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang
> > > berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan,
> > > bid'ah dsb - pendespatch e-mail]
> > >
> > >
> > >
> > > Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz
> > > didampingi jin?"
> > >
> > > Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal,
> > > hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin...Sejahat-jahat manusia itu
> > > sama dengan sebaik-baik Jin Islam."
> > >
> > > Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang
> > > bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
> > > Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh
> > > manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak
> > > terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut
> > > sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang
> > > banyak berlaku sebelum-sebelum ini...
> > >
> > >
> > >
> > > Dipetik dari buku
> > > Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
> > >
> > > SKYLAB September 2004
> > >
> > > Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar
> > > Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd.
> > > Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr
> > > Rohaya Dato' Muhamad.
webmaster@mymasjid.net.my