Terkini  Popular    Mula Topik

Minta Pandangan Ahli...

2004-12-08 15:05:08
Oleh
Che Mie
Pada tahun 2003 saya telah mengupah seseorang yang berkerja sambilan yang menawarkan perkhidmatan untuk mengambil video ke majlis pernikahan dan perkahwinan di rumah isteri saya. Lebih kurang 2 minggu kemudian VCD yang mengandungi majlis pernikahan dan perkahwinan saya tersebut telah siap di edit dan saya merasa amat gembira bila menontonnya.

Pada bulan September 2004 yang lepas saya dan isteri telah bercuti ke Paris dan London. Dengan niat untuk membantu `USAHAWAN MELAYU' saya tidak teragak-agak menghubungi kembali orang yang telah saya upah sebelum ini untuk melakukan proses edit kepada video tape saya tersebut walaupun saya boleh terus menghantarnya ke kedai yang menawarkan perkhidmatan edit video.

Untuk pengetahuan saudara saudari, saya telah menghantar 3 unit video tape pada pertengahan bulan puasa 2004 yang lalu kepada orang berkenaan, dimana satu adalah tape video majlis perkahwinan di kampung saya manakala 2 tape video lagi mengandungi saat-saat percutian saya semasa bercuti di Paris dan London.

Setelah berbincang saya bersetuju agar ketiga-tiga video tape itu dieditkan dalam bentuk DVD, dan orang berkenaan berjanji DVD berkenaan akan disiapkan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu. Saya ingin membayar perkhidmatan beliau pada ketika itu tetapi beliau menolaknya dan berkata bayaran yang dipersetujui itu boleh dibayar ketika DVD saya siap nanti. Urusan ini tidak menggunakan sebarang resit, cuma melalui percakapan mulut sahaja.

Sehingga kini (08/12/2004) jika saya menghubungi orang berkenaan untuk menanyakan status perkhidmatan yang diberikan kepada saya samada melalui handphone ( beliau ada 5 nombor talian handphone yang berbeza ) ada saja alasan atau langsung tidak menjawab panggilan saya.

Baru-baru ini saya memperolehi nombor telefon rumah beliau melalui anaknya dan ada pergi ke alamat rumah yang diberikan kepada saya melalui business card yang masih saya simpan ketika menggunakan perkhidmatannya sebelum ini tetapi masih gagal menemui beliau ( rupa-rupanya rumah tersebut adalah rumah kakak ipar beliau ).

Saya juga telah meninggalkan pesanan kepada kakak ipar beliau agar beliau menghubungi saya dan saya juga ada menghantar SMS kepada beliau memohon agar beliau memulangkan kembali video tape berkenaan jika beliau masih tidak sempat melakukan apa-apa. Saya juga sanggup datang berjumpa beliau jika beliau tiada masa untuk menghantar video tape tersebut samada sudah siap atau pun tidak.

PERSOLANNYA, apa yang boleh saya lakukan setelah usaha saya gagal untuk mendapatkan kembali hak saya tersebut. Perlukah saya melaporkan perkara ini kepada pihak POLIS agar mudah bagi saya menuntut saman atau ganti rugi.

Saya bimbang video tape saya itu telah dihilangkan atau dirosakkkan dan sebagainya, bayangkan kenangan seumur hidup anda yang boleh dilihat oleh anak cucu yang terkandung di dalam video tape itu telah hilang atau musnah.

Untuk itu saya ingin mendapat pandangan saudara saudari mengenai masalah saya ini...
Pendapat anda akan menentukan langkah saya selepas ini.

email saya:
ssuhaimi@csam.com.my
atau
chemie6699@yahoo.com

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my