Oleh dzul
21-Feb-2005 11:46:54
BAGAIMANA NAK USAHAKAN IMAN?
Sebagai contoh seorang bertanya kepada rakan yang lain:
Rakan A: macam mana kita nak rajin sembahyang?
Rakan B: kenalah kuatkan IMAN
Rakan A: macam mana kita nak kuatkan IMAN?
Rakan B: sembahyang la banyak2
Rakan A: ?????????????????? (pening aku, tadi aku tanya camne nak rajin sembahyang, dia kata kena kuatkan iman, aku tanya camne nak kuatkan iman dia suruh aku sembahyang plak dah….. adussss!!!! Penin)
Contoh yang mempunyai persamaan diatas ialah:
Rakan A: macam mana kita nak dapat duit banyak?
Rakan B: kenalah cari keje yang lebih bagus yang gaji lumayan
Rakan A: macam mana nak cari keje yang lebih bagus yang gaji lumayan?
Rakan B: kenalah cari duit banyak2
Rakan A: ??????????????
Tentu sekali rakan A tadi tu pening dengan jawapan member dia. Sepatutnya Rakan B tu jawab “carila keje dalam paper… pegila wusya2 kat penang…. Sana gaji banyak”
Itulah jawapan yang betul. Bukan peningkan member tu.
Begitu juga dengan persoalan IMAN ini. Pasti ada caranya untuk meningkatkan IMAN.
Harap2 korang leh paham apa yang saya nak sampaikan…
Begini caranya….
Rasulullah bersabda kepada sahabat: “perbaharui IMAN kamu”
Sahabat-sahabat bertanya: “Bagaimana kami nak perbaharui IMAN kami, Ya Rasulullah?”
Jawab Rasulullah S.A.W: “Perbanyakkanlah ucapan la ilaha illallah”
Inilah jawapannya tetapi ia perlu di fahami dengan lebih mendalam maksud “ucapan lailahaillallah”
Jikalau “lailahaillallah” tu di sebut2 yakni “la ilaha illallah, la ilaha illallah, la ilaha illallah”, ini disebut sebagai “zikir” ataupun “tahlil”
Jadi apakah yang di maksudkan dengan “ucapan la ilaha illallah”
Erti “la ilaha illallah” ialah “tiada tuhan melainkan Allah”

Utk memahami apakah “ucapan la ilaha illallah” kita kena pergi kepada maksud kalimah toyyibah ini secara lebih mendalam.
Perkataan “LA” (lam alif) ialah kata “NAFI”(menidakkan), manakala “ILLA”(alif lam alif”) ialah kata “ISBAT”(meniggikan)
Kita juga perlu memahami maksud “TUHAN” yang sebenarnya… “tuhan” ialah satu kuasa yang berkuasa keatas segala-galanya mengatasi segala kuasa yang ada atau dalam erti kata lain “SUPER POWER”
Kalimah “la ilaha illallah” ialah kalimah nafi dan isbat, ia juga adalah satu kalimah yang mana meletakkan Allah S.W.T di atas sekali.
“LA ILAHA ILLAH”
Erti: Tiada Tuhan Melainkan Allah
Ucapan la ilaha illallah: Tiada yang boleh beri manfaat Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri mudharat Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri sakit Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri sembuh Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri kaya Melainkan Allah
Tiada yang boleh beri miskin Melainkan Allah
Tiada yang boleh mematikan Melainkan Allah
Tiada yang boleh menghidupkan Melainkan Allah

Yang lainnyer korang leh pikir sendiri la
Jikalau perkara begini diucapkan pada orang lain sebanyak mungkin, Insya Allah iman anda akan meningkat, tapi jangan lak lupa nak doa minta pada Allah supaya di tingkatkan IMAN, doala bersungguh2 seperti pengemis mintak sedekah…
Rasulullah S.A.W bersabda: “PERBANYAKKANLAH ucapan la ilaha illallah”
Contoh2 ucapan “LA ILAHA ILLALLAH” yang bersangkut paut dengan kekuasaan Allah…
Di kepala kita adanya kening dan rambut, walaupun di kepala yang sama tetapi kening tidak akan panjang tetapi rambut semakin hari semakin panjang… siapa yang kawal semua ni?.... Allah S.W.T
Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa memikirkan tentang kekuasaan Allah… nampak macam simple tapi bila kita ucapkan pada orang lain Insya Allah iman kita akan meningkat…
Contoh lain:
Buah pisang kalau masak akan berwarna kuning pada pokoknya, buah rambutan pula kalau masak akan berwarna merah atau kuning pada pokoknya…. Tapi kalau kita potong setandan pisang yang berwarna hijau(muda) dan kita potong buah rambutan yang masih hijau dari pokoknya kemudian kita biarkan di satu tempat… maka yang akan masak ialah buah pisang tu kerana bertukar kepada kuning tetapi rambutan tu takkan masak sebaliknya jadi buruk terus…. Inilah bukti kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta… buah yang tak berada di pokoknya pun boleh masak…. Maknanya “pokok tak boleh bagi buah masak, yang bagi buah masak ialah Allah”…. Inilah ucapan LA ILAHA ILLALLAH iaitu nafikan kekuasaan makhluk dan isbatkan kekuasaan Allah…. Nafikan pokok tu boleh bagi buah masak kemudian isbatkan yang bagi buah masak hanya Allah S.W.T…..
Kalau ada orang lain yang cakap pada kita macam ni(ucapan la ilaha illallah) maka kita katakan “benar”, “sohih” dalam hati(tasdiq), ini mampu suburkan IMAN anda.
IMAN(KEPERCAYAAN) hendaklah mengandungi tiga unsur penting, iaitu;
1. Iqrar dengan lidah
2. Tasdiq (dibenarkan) dengan hati
3. Dilakukan dengan anggota
Harap2 korang paham apa yang cuba disampaikan ek…
webmaster@mymasjid.net.my