Oleh Wan Kasmah Daud
21-Mar-2005 10:18:52
.....
dipanjangkan email dari seorang kawan .... semoga menjadi panduan bersama ....
Baru² ni kawan saya citer pasal kes kakak dia kena tipu. Sedang si ibu berjalan di tengah KL sambil mendukung babynya yg comel, dtg seorg perempuan muda menegur memuji si comel. "Comelnya anak akak...sesuai buat cover magazine kami." Kakak kawan saya pun membalas, "Eh, kamu org majalah ke?" "Ha'ah, kak..saya dr majalah *****, memang saya selalu cari baby² comel utk cover. Kakak berminat tak? Nie kad saya, kakak ada nombor telefon, nanti saya contact kemudian." Si ibu pun memberikan nombor telefonnya. Tak berapa lama lepas tu, si ibu dpt call dr perempuan tu. Dia aturkan perjumpaan utk sesi fotografi. Kakak kawan saya punya seronok! So, pada hari yg dijanjikan, si ibu pun dtg ke hotel & bilik yg dimaklumkan. Tapi bawa hubby n maid skali. Sewa 1 lg bilik di sebelah bilik yg dimaklumkan utk tempat diorg berehat. Maid dan baby duduk di bilik tu, sementara si suami turun membeli makanan.
Perempuan tu make-upkan si ibu dulu kat bilik sebelah (bilik yg dimaklumkan), sebelum make-upkan, dia sound siap², "Rantai, gelang, subang, cincin semua tu tanggalkan dulu kak. Kang terkena barang make-up saya ni, rosak lak." Kakak kawan saya tu pun ikut je lah. Di letakkan di atas meja. Perempuan tu pun make-upkanlah. Sambil bersembang.Kemudian dipakaikan pulak mask utk bersihkan muka. Memang mata kakak kawan saya tu kena tutupla. Tak lama lepas tu, perempuan tadi minta izin keluar sekejap. Lama menunggu, perempuan tu tak balik². Maid dia lak yg masuk bilik tu sbb baby menangis, nak minta si ibu pujukkan. Maid tu tanya mana org majalah tu. "Keluar sekejap katanya. Tah lama dah..tak masuk²."
"Eh..Mana brg kemas kakak?" "Ada atas meja tu..saya letakkan, tak nak kena make-up." "Takde pun? Betul!" Syak something, terus tanggalkan mask n buka mata. Confirm hilang! Cincin je tinggal, kebetulan kakak kawan saya ni letak barang merata, tak letak satu tempat.
"Penipu rupanya perempuan tu! Nasib baikla baby ada ngan kamu." Di ambilnya baby dr maidnya.
Nie bukan citer bohong. Kat KL ni memang ada perempuan tu buat kerja jahat ni. Harap semua ibu bapa berhati-hati. Tolong maklumkan kpd rakan² yg lain.
Nasib baiklah dia ambil brg kemas je. Kalau dia ambil baby skali cmne?
Berhati-hati ya kawan²...
webmaster@mymasjid.net.my