Oleh ctj
25-May-2005 02:05:19
Time kasih kengkawan kerana sudi menjenguk topik saya nak keutarakan ini.. semestinya agak hangat.. dah lebih hangat lagi.. saya memang memerlukan pendapat korang...
Arrghh.. otak nih dah beku duk memikir hal perkahwinan.. pasal hal remeh temeh begini pun rasanya nak minta lah pendapat yang pakar kaunseling, ataupun berpengalaman berkahwin atau yang ada ilmu perkahwinan untuk dirujuk.
Saya nih dah bertunang dah satu tahun.. Insya Allah bulan ogos ni merancang membina rumahtangga. Duk dalam bertunang ni memang pancarobanya sangat besar.. tunang saya nih 5 tahun lebih tua, anak sulung dari 4 beradik dan ibunya telah meninggal dunia hampir 6 tahun yang lalu. Saya berkenalan melalui chatting tahun 1999, dan first date pada ogos 2003, bertunang april 2004, mulanya merancang perkahwinan pada feb 2005 tapi tertangguh kerana masalah kewangan dan terbaru pada ogos 2005.
Masalah yang kronik sekarang nih adalah masalah kewangan. Saya bertemu dia masa fresh graduate. Tapi rezeki saya murah sebab saya telah dapat kerja exec. level. Masa saya bertunang dengan dia saya berhenti kerja sebab kena aniaya staff bawahan saya. lepas 2 bulan lepas tu saya dapat kerja lagi.. exec level gak. Pun saya kena aniaya kat Bos atasan saya plak dan saya berhenti kerja mac 2005.
Sekarang ni, duit dalam bank saya tinggal RM48 ringgit saja.. untung2 kalau ada rezeki khamis ni, second interview kat company arkitek.. kalau berjaya dapatlah saya kerja kat wangsa maju...tapi keje bkn exec level la.. kuli biasa jerk.
Hari tu duk bincang dgn tunang nak stay kat maner lepas kahwin.. dia kata kat umah dia. Kalau korang nak tahu.. dia tinggal kat kuala langat.. kawasan kampung.. kat banting.. atas dari klang. Saya tergamam la.. maklumlah saya nih tak betah berckp.. ni plak nak berpidato.. saya pasti kalah, lebih2 lagi dengan dia.. orang kuat politik kampung dia.
Tunang saya bekerja sendiri. Kalau hikmat sosial jgn cakap.. kengkadang saya pun dia lupa. Bagi dia kerja lebih penting.
Masalah sekarang ni.. patut ke saya duduk kat umah dia dgn adik beradik dia? mak dia memang dah tak de, abah dia adalah.. adik beradik dia setakat ni ok. Cuma adik beradik dia jenis cakap lepas... dan saya ni plak berhati sensetif.
saya duk penin camna nak cakap dgn dia untuk tinggal rumah sendiri. In case saya dapat keje kat wangsa maju tu.. camna lah saya nak travel dari kuala langat ke situ. Jauh maa... dari rumah saya nak ke wangsa maju tu naik LRT putra pun kat 15 minit. Kalau dari rumah nak ke KL sentral kat 30 minit. Total 45 minit. Nak tunggu bas feeder pagi2 dalam 15 minit.(itu pun kalau tak terlepas bas). Kalau saya dari rumah dia nak ke Stesyen Komuter Klang.. mungkinlah dalam 20 minit. Dari komuter Klang ke komuter KL sentral kat 40 minit. Total keseluruhan 2 jam perjalanan sahaja.. tak termasuk.. nak bersiap pagi2. kalau masuk keje kul 8.30pagi.. saya mesti bangun 5 pagi untuk gi keje dan balik keje kul 8.30 malam.. aterr.. giler hidup cam ni? Ni belum buncit lagi... kalau nak mengandung dengan penin, muntah, loya.. lelaki bukan rasa!! Boleh meroyan aku!!
Bila cakap cam tu, dia kata boleh edjust.. incase la.. saya tak keje.. cari kerja dekat2 situ.. boleh ke saya survive dengan adik beradik dia? Ni kan plak dengan abah dia, pastu orang kampung dia belum ape-apa lagi, dah bising suruh saya kuruskan badan sebab saya ni gempal. apa hak mereka nak hina saya gemuk.. bukan saya nak badan saya macam ni. Bukan saya tak nak kuruskan badan... saya tahulah tunang saya tu macam cicak kobeng...kurus melidi.
Saya kesian gak kat tunang saya sebenarnya.. mana dia nak cari umah sewa dalam keadaan kewangan gawat.. saya pun tunggu wang hantaran dia untuk buat majlis walimatul urus. Maklumlah, saya masih lagi baru nak bernafas hidup berdikari... itupun simpanan saya habis kat majlis bertunang dan beberapa persediaan perkahwinan.. kalau nak kata, saya masih tak merasa hasil titik peluh sendiri.
Kalau ikut nasihat kakak saya suruh saya duduk asing dengan family dia... maklumlah dia dah berpengalaman menghadapi situasi duduk rumah mertua... katanya... macam2 boleh berlaku, duduk jauh bau wangi.. duduk dekat bau kentut. Jangan biar tunang/suami mengambil mudah hal macam tu, kira melepaskan tanggungjawab. katanya, kalau dah duduk kat umah mak bapak laki, susah la nak ajak duduk luar.. suami dah tak layan masa tu.. masa bertunang nilah nak demand.
Betul gak ape kakak saya cakap.. tapi camna eak saya nak demand dengan tunang saya.. saya pun tak keje nih.. dia pun tak berharta.. setakat moto buruk tu adalah....
adushhh... penin...
Boleh tak kengkawan tolong bagi nasihat.
Pleaseeee.....
Despert nihh....
nullMasalah sekarang ni.. patut ke saya duduk kat umah dia dgn adik beradik dia?Be Open Minded in single thing and sensetif in single thing
webmaster@mymasjid.net.my