Terkini  Popular    Mula Topik

Lima Anak Ikut Jejak Jadi Doktor

2005-06-02 09:35:08
Oleh
jeemiau



JITRA: ‘Kuah memang tumpah ke nasi’ tetapi bagi pakar kulit, Dr Wan Ahmad Kammal Wan Annuar, apabila lima daripada enam anaknya turut memilih kerjaya sebagai doktor, ia tentunya lebih bermakna daripada pepatah itu.



Dua anaknya, Wan Syazli, 27, dan Wan Syameen, 25, lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini bertugas sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan anak ketiganya, Wan Syahira, 22, mengikuti kursus perubatan di Bristol, United Kingdom (UK).

Anak keempat dan kelimanya, Wan Syamir, 20, dan Wan Syazween, 19, akan berlepas ke UK tiga bulan lagi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Anak bongsunya, Wan Suzana Mari, 13, masih belajar dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Star.

Semua anaknya mendapat keputusan cemerlang 10A, 11A dan 13A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta menerima anugerah pelajar cemerlang sekolah masing-masing dan mendapat Pingat Diraja Sultan Kedah.

“Saya tidak menyangka dan tidak memaksa mereka mengikut jejak langkah saya sebagai doktor. Mungkin mereka meminatinya. Malah, Wan Suzana Mari juga mula menunjukkan minat terhadap bidang perubatan,” kata doktor kulit yang memiliki beberapa klinik di negeri ini kepada Berita Harian.


Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my