Terkini  Popular    Mula Topik

Tinggalkan Perkara Yang Meragukan

2005-07-27 09:57:40
....

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu”

Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: “Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu”.

Huraian

1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram.

2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa.

3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my