Oleh AiNuL HuLsAiNi
09-Aug-2005 11:33:13
Assalamualaikum saudara/saudari.

Saya bagi pihak Persatuan Sahabat Prihatin Kuala Lumpur dan Selangor (No. Pendaftaran : 0807-04-5) atau singkatannya SAHABAT, amat berbesar hati mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada saudara/saudari dalam membantu melancarkan aktiviti-aktiviti yang dibawah naungan SAHABAT. Untuk makluman, SAHABAT ditubuhkan pada asalnya bagi membantu para penagih dadah dari kalangan orang Melayu yang ingin pulih dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Alhamdulillah, buat masa ini SAHABAT telah menaung 4 pusat pemulihan yang menempatkan hampir 180 orang yang mana penghuninya terdiri dari 4 golongan, iaitu:

Bekas penagih dadah yang masih dalam proses pemulihan.
Anak-anak yatim dan remaja terbiar yang berpotensi menjadi penagih atau pengedar dadah jika tidak dibimbing.
Golongan tidak siuman yang tidak dipedulikan lagi oleh keluarga.
Fakir miskin dan mereka yang tiada keluarga yang ambil peduli.

Tempat-tempat yang dimaksudkan di atas adalah :

Madrasah Usul Nusantara di Kampung Batu Belah, Jenagor, Kuala Berang, Trengganu.
Madrasah Khairul Insan di Kampung Jenagor, Kuala Berang, Trengganu.
Pondok Hj Manaf Kpg. Teluk Kepayang, Bota, Perak.
Pondok Makhdum Madon, Bukit Piatu, Melaka.

Senarai barangan keperluan yang dibekalkan secara tetap setiap minggu :

Barang Kuantiti 1 minggu Kuantiti 1 bulan
Beras 210kg 840kg
Gula pasir 40kg 160kg
Garam kasar 10kg 40kg
Ikan kering 20kg 80kg
Ikan bilis 30kg 120kg
Bawang besar 20kg 80kg
Bawang merah 20kg 80kg
Kicap masin botol besar 10botol 40botol
Cili boh/kisar 5kg 20kg
Telur ayam 900 butir 3,600 butir
Bihun halus 100kg 400kg
Minyak masak 30kg 120kg
Minyak tanah 150liter 600liter
Minyak petrol (bot) 150liter 600liter
Ubat gigi pek besar 24pek 96pek
Sabun basuh pakaian 50kg 200kg
Sabun mandi buku 24butir 96butir

Senarai barangan keperluan lain :
Kain pelikat untuk kegunaan solat.
Sejadah/kain putih untuk saf solat.
Songkok putih.
Baju melayu dari saiz kanak2 dari 6 tahun hingga dewasa.
Kitab al-Quran yang ada terjemahan.
Minyak wangi tanpa alkohol.

Saudara/saudari boleh berhubung dengan saya jika ada barangan tersenarai seperti di atas untuk disumbangkan. Jika saudara/saudari ingin menyumbangkan dalam bentuk kewangan, sila salurkan ke akaun berikut atas nama Persatuan Sahabat Prihatin atau singkatannya SAHABAT :

Akaun RHB : 2642-3600-0054-83, atau salurkan melalui Maybank2u ke akaun Maybank : 5645-5711-5111.

Kami amat berbesar hati dengan sokongan dan sumbangan dari saudara/saudari yang berterusan walaupun hanya RM1 sebulan, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas amal soleh yang telah ditaburkan. Saudara/saudari juga dialu-alukan untuk ziarah ke tempat-tempat yang SAHABAT usahakan seperti tersebut di atas.


Sekian, terima kasih.

Wassalam.


Mohd Shukri Mat Isa
(019-3149318)
AiNuL HuLsAiNi
webmaster@mymasjid.net.my