Oleh sausan
14-Apr-2006 14:19:46
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepadapara muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiattersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makahendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."1. Hak kepada DiriMengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.2. Hak kepada Malaikat Mautmengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah SWT.3. Hak kepada KuburMembuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.4. Hak kepada Munkar dan NakirTidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.5. Hak kepada Mizan (neraca timbangan amal kepada hari kiamat)Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.6. Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.7. Hak kepada Malik (penjaga Neraka)Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.8. Hak kepada Ridhwan (malaikat penjaga Syurga)Berasa redha dengan Qadha' Allah SWT, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah SWT dan bertaubat dari melakukan maksiat.9. Hak kepada Nabi SAWBerselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah SWT.10. Hak kepada Hamba Allah SWTMengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."Kata aku, Tuhan akan menunjukkan

kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
webmaster@mymasjid.net.my