Oleh haryani
18-Apr-2006 21:52:58
saya terpanggil menulis di sini setelah membaca pengalaman dua pembaca di akhbar mingguan malaysia hari ahad yang lepas tentang kisah 2 isteri bercerita pengalaman masing-masing menghadapi krisis rumahtangga.saya benar-benar insaf membaca kisah mereka walaupun kesilapan saya hanya meragui kasih sayang suami.airmata saya menitis membaca kisah mereka dan saya benar-benar bersyukur tidak melakukan kesilapan seperti mereka. kisah yang pertama tentang seorang isteri yang curang dan mengabaikan suami setelah suami menghadapi masalah ekonomi tetapi akhirnya insaf dengan kesabaran suami.manakala kisah yang kedua tentang seorang isteri yang menuntut cerai kerana merasakan suami tidak dapat memberikan cinta yang dia inginkan.dia bertanya samada suami sanggup menggadai nyawa untuk memberikannya bunga yang sukar diambil.bila suami berkata tidak dan memberikan alasan-alasannya si isteri insaf dengan kesilapannya.hati saya benar-benar tersentuh dan saya menangis mengenangkan beruntungnya saya mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab sebaliknya saya selalu mempertikaikan kasih sayang suami kepada saya. sebelum berkahwin,saya dan suami sering bertengkar dan tidak sehaluan.saya selalu mengungkit suami masih sayangkan bekas kekasihnya kerana suami pernah menyatakannya pada saya di awal percintaan kami dan masih berhubung dengan bekas kekasihnya.kami selalu mempunyai alasan-alasan tersendiri untuk bertengkar.suami pula tidak pernah menunjukkan dia benar-benar cintakan saya sehingga saya kadangkala putus asa dengan hubungan kami. ketentuan Ilahi jodoh kami memang telah ditakdirkan,sesuatu berlaku ke atas diri saya dan suami begitu setia bersama saya dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sehinggalah kami berkahwin,suami begitu melindungi saya.kali pertama saya lihat sinar bahagia di mata suami pada hari perkahwinan kami.sebaik bermula kehidupan sebagai suami isteri,suami berubah,dia mula menunjukkan kasih dan cintanya kepada saya yang tidak berbelah bagi.dia tidak jemu-jemu mengucapkan 'i love you' saban malam sebelum melelapkan mata dan saban pagi setiap kali terjaga dari tidur.malah suami sanggup melakukan apa sahaja untuk membuat saya gembira.entah kenapa saya tidak gembira dan menyangka suami berpura-pura malah menuduh suami lebih sayangkan bekas kekasihnya dari saya.saya sering mempersoalkan suami dan bila suami melakukan sedikit kesilapan pasti saya mengungkit tentang bekas kekasihnya.suami masih bersabar dengan kerenah saya.sehingga suatu hari bila saya kata saya akan merana seumur hidup,suami bertanya 'adakah saya masih mahu hidup bersamanya?kalau saya tidak bahagia mengapa menyeksa diri bila membuat keputusan untuk berkahwin dengannya?'saya terkedu tetapi hati saya masih sekeras batu.suami tetap tidak jemu-jemu menyulam cintanya untuk saya.lahirnya buah hati kami juga tidak mengubah prasangka buruk saya pada suami walaupun suami terlalu banyak berkorban demi keluarga kami.sehinggalah saya terbaca artikel yang saya nyatakan,perasaan saya berubah.saya benar-benar rasa berdosa pada suami,wajah suami yang saya sayangi saya tatap dalam-dalam sewaktu dia sedang tidur,walaupun tidak sekacak impian saya tetapi inilah cinta sejati saya,tergambar keikhlasan di wajahnya.saya sentiasa berdoa cinta kami akan terus bersatu bukan setakat ke hujung nyawa tetapi hingga ke akhirat.semoga rumahtangga kami sentiasa dilimpahi rahmat dari Ilahi dan impian kami supaya zuriat yang kami perolehi akan menjadi insan yang soleh dan solehah.wassalam.
webmaster@mymasjid.net.my