Terkini  Popular    Mula Topik

Tak Selawat Ketika Sebut Nama Nabi Dosa Besar

2006-06-22 10:49:25
Assalamualaikum ....DARIPADA Jubair bin Muth’in, katanya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).” – (Hadis riwayat Bukhari) Siapa yang tidak kenal nama Muhammad? Jika pertanyaan: “Siapakah Muhammad itu” ditujukan kepada seorang Muslim, tentu mereka sangat mengenalinya. Muhammad adalah purnama. Cahayanya di atas cahaya. Begitulah syair pujian untuk dirinya. Seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ada banyak nama diberikan kepada Rasulullah SAW. Sebagai seorang Islam, kita wajib berselawat setiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad SAW atau ganti namanya atau pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya. Perkara ini ialah pendapat sebahagian besar penyokong mazhab Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali. Mereka berpendapat, sesiapa yang tidak berselawat pada masa itu, dia melakukan dosa besar. Banyak hadis yang menjelaskan Rasulullah SAW memberi amaran dengan menyatakan sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda pada masa disebutkan nama atau ganti nama Baginda, dialah sebakhil-bakhil manusia yang mendapat kehinaan memalukan dan memuramkan mukanya.Orang itu beroleh kepayahan dan kesusahan serta jauh daripada rahmat Allah.Dialah yang akan masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu (seperti yang disebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan Ibn Abu Asim; Hadis Abu Hurairah riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami). – Petikan e-Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my