Terkini  Popular    Mula Topik

Peluang Wat Pahala Di Akhir Zaman Ni...:)

2006-08-28 12:18:17
Assalamualaikum,Yang dihormati Tuan/ Puan warga muslim FSKTM,Insyaallah Ramadhan bakal menghampiri kita dalam masa tiga minggu lebih saja lagi dan masa akan terus berlalu dan berlalu. Mungkin Ramadhan tahun ini mungkin yang terakhir buat kita, mungkin juga kita tak sempat bersamanya, hanya Allah saja yang tahu bila penghujung nyawa kita semua.Tiap detik, tiap saat, masa akan terus berlalu tanpa rasa cemburu tanpa rasa malu. Dan masa-masa yang berlalu akan mendekatkan kita kepada satu masa yang bakal memisahkan kita dengan DUNIA ini, meninggalkan anak, suami atau isteri, harta pangkat dan apa saja yang kita miliki di dunia ini. Yang mungkin bersama-sama kita, anak-anak soleh yang mendoakan kita, ilmu-ilmu yang dipergunakan dan juga amal jariah yang kita hulurkan semasa di dunia ini.Oleh yang demikian, saya bagi pihak Madrasah AS-SIDDIQIN Bandar Tasik Puteri, Rawang ingin memohon jasabaik tuan/puan yang bermurah hati untuk memberi sumbangan bagi menampung kos binaan untuk membesarkan madrasah kami bagi memberi keselesaan ahli jemaah yang semakin bertambah. Di antara kerja-kerja yang sedang dijalankan adalah:1. Membesarkan ruang sembahyang di bahagian belakang.2. Membina ruang pejabat dan bilik mesyuarat3. Membina tempat mengambil wuduk4. Mengubah dan membesarkan bilik air lelaki dan perempuan di luar madrasah 5. Menukar bumbung sedia ada ke atap genting 6. Pelbagai kerja lain seperti tiling, wiring, cat dan lain-lain.Pihak madrasah menjangka kos sebanyak RM 100,000 tetapi dari apa yang saya dapat lihat, ia akan melibatkan kos yang lebih besar dari itu. Oleh yang demikian, saya bagi pihak madrasah sangat-sangat berharap tuan/puan dapat membantu kami supaya pembinaan ini dapat dipercepatkan supaya dapat diguna untuk sembahyang Jumaat, sembahyang lima waktu, Sembahyang Hari Raya dan pelbagai aktiviti lain. Buat makluman semua, madrasah ini dikelilingi oleh sekolah agama KAFA dan madrasah ini biasanya digunakan oleh anak-anak yang bersekolah di sini pada sebelah pagi dan petang.Buat makluman tuan/puan, madrasah ini mula diusahakan oleh penduduk disini sekitar tahun 2000 dengan kos pembinaan awal dan tapak diberikan oleh pemaju perumahan. Memandangkan bilangan penghuni yang semakin bertambah maka madrasah ini tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah sedia ada sementara menunggu masjid baru yang akan dibangunkan pada ?????. Kawasan perumahan ini merupakan kawasan perumahan baru yang sangat luas yang majoriti bangsa Melayu (lebih kurang 95%) mendiami kawasan ini. Pada masa yang sama juga, terdapat dua surau lain yang dalam pembinaan dalam jarak yang berjauhan di antara satu sama lain dan semua kos surau-surau ini adalah dari hasil sumbangan orang ramai.Memandang madrasah ini berdekatan sekolah menengah/ rendah, sekolah agama dan kawasan berdekatan kedai, maka pembesaran madarsah utama ini merupakan satu perkara yang kritikal pada masa ini dan saya berharap tuan/puan dapat membantu kami. (Saya lampirkan gambar terkini pembinaan madrasah diambil pagi tadi untuk tatapan tuan/puan)Semoga segala sumbangan tuan/puan diberkati Allah dan menjadi bekalan di hari akhirat kelak. Amin.Terimakasih. Wassalaam.Yang benar,Mustaffa Kamal(012-3534214)Ahli Jemaah Kariah/Naib PengerusiPersatuan Penduduk "Birch"Bandar Tasik Puteri, Rawangb/p Ustaz Eadil bin Mat (019-2196340)PengerusiMadarasah As-SiddiqinBandar Tasik Puteri,48000 Rawang, Selangor.Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my