Terkini  Popular    Mula Topik

Sampaikan Salam...

2006-10-11 09:37:01
Oleh
adzli
Assalamualaikumm wbt.RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:-* Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.* Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.* Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.* Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my