Oleh rezza
21-Feb-2007 14:32:37
Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya: 1. Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama 2. Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah 3. Menjaga kesejahteraan umat 4. Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah 5. Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh 6. Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam. 7. Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'. 8. Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan. 9. Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara. 10. Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka. Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut. Pimpinan dalam rumahtangga Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut. Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah: 1. Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur. 2. Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami. 3. Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya. 4. Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami. 5. Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya. Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah: 1. Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan "ikhsan". 2. Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya. 3. Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya. 4. Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya. 5. Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya. Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ikhya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah: 1. Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan. 2. Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan di teli.nga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah". 3. Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.aow. yang inermaksud: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu". Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik. 4. Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak. Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan. Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud "Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka." Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya Di antaranya: 1. Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri. 2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan. 3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya. 4. Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik. 5. Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya." Pimpinan guru terhadap muridnya seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali 1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka. 2. Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara' 3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain. 4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik. 5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya. 6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid. 7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya. 8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata. Kesimpulan Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut: 1. "Konsep pimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga. 2. Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar. 3. Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah 4. Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara. 5. Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu. 6. Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain. 7. Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya. Penutup ".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.) Wallahu a'lam semoga hari ini lebih baik dari semalam..
webmaster@mymasjid.net.my