Terkini  Popular    Mula Topik

Jejak Bertapaknya Khatam Al-awliya Di Bumi Darul Rahmat(malaysia)…

2008-01-17 10:55:31
ilmuan islam air mata 14 dari darul rahmat..

Salasilah Kehidupan Sheikh Abdul Rahman Al-Qalbi Dzikrillah K.A…..

Lahir di Paya Keladi , Kepala Batas, Pulau Pinang pada 15 JamadilAwwal Tahun 1395 Hijrah( 06 jun 1974 Masehi ) pada pagi khamis.
Sekolah terawal adalah Sekolah Kebangsaan Paya Keladi , Kepala Batas ( berdekatan Masjid At-Taqwa Paya Keladi Tengah, melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Datuk Hj. Ahmad Badawi Kepala Batas, memasuki kelas aliran sains ketika tingkatan empat ( 4 sains 1). Semasa menunggu keputusan SMP, beliau telah menimba pengalaman berkerja di sebuah kilang Taiwan di perai , beliau menghabiskan 10 tahun untuk berkerja di situ, melalui pengalaman berkerja bersama Warga Bangladesh, beliau mendapa sedikit keinsafan betapa beruntungnya beliau lahir di negara penuh Rahmat ( Malaysia ), walaupun moyang beliau berasal dari Pakistan.

Setelah berkerja hampir 10 tahun , beliau telah memohon pekerjaan di sebuah syarikat Jepun di perai, di situ beliau berkerja selama setahun dan berkerja bersama-sama warga Indonesia dan Bangladesh, di situ juga belaiu berasa bersyukur kerana lahir sebagai anak Malaysia apabila mendengar tentang keperitan warga Indonesia yang berkerja di Malaysia, seterusnya beliau berkerja di syarikat Amerika Syarikat (Seagate Batu Maung –selama setahun).
Setelah itu pada tahun 1996 , beliau telah di panggil temuduga untuk jawatan di Porla ( Lembaga Pendaftaran Dan Pelesenan Minyak Sawit Malaysia ) Beiau bertugas selama beberapa tahun pada tarikh 13 Mei 1997 sehinngalah Porla Dan Porim di gabungkan menjadi MPOB ( Malaysian Palm Oil Board – Lembaga Minyak Sawit Malaysia ) bawah pentadbiran Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Malaysia sehinggalah sekarang, Beliau berkahwin pada tahun 2000 dengan seorang wanita dari Tasek Gelugor dan mempunyai 2 orang anak bernama Sheikh Muhammad Ammar dan Sheikh Ahmad Nazim …

Antara Hasil Penulisan Beliau Mengenai Warisan Intelektual Ulul Albab dari Utara Malaysia adalah :

MERCY OCEAN (SHEIKH ABDUL RAHMAN AL-QALBI DZIKRILLAH.)

AGUNGKAN ALLAH DAN MULIAKAN RASULULLAH.
*** Manusia yang ikhlas pasti menyedari ada satu kekuasaan yang mentadbirkan alam ini, Sesuatu yang agung yang menjalankan urusan tanpa gagal setiap masa. Matahari yang tidak pernah gagal memancarkan cahayanya mengikut ketetapannya, hujan yang turun dengan sukatan yang telah ditetapkan dan kadangkala hujan yang turun dengan sukatan yang luar biasa hingga menyebabkan bumi pun tidak sempat menyerap airnya, burung ?burung yang terbang diangkasa hanya memerlukan sayap dan dapat memgimbangkan dirinya ketika di angkasa, ikan ?ikan di lautan yang hanya boleh meneruskan kehidupan jika persekitarannya di penuhi air, sesungguhnya dialah yang Maha Agung dan sesuatu yang amat unik bagi kehidupan manusia adalah NYAWA, ( Manusia kalau boleh ceritakan tentang robot, pasti mendapati robot sebenarnya tidak sempurna kerana kejadian makhluk hidup di bumi Allah ini adalah penciptaan yang amat sempurna.

Rasullullah di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah Yang Maha Agung?.

2) AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
****
Setiap kita wajib menasihatkan orang, akan tetapi pastikan dahulu kehidupan diri kita sentiasa berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah Nabi . Kita akan rasa bersalah untuk melarang orang melakukan kejahatan kerana kehidupan kita tidak benar dan tidak ikhlas*** ( kita sorang Munafik- cakap tak serupa bikin )*** Setiap manusia sentiasa menghitung hari, hari semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kenyataan besok adalah impian , setiap masa pasti umur kita semakin meningkat begitu juga dengan baki hidup di dunia kerana menjadi semakin berkurangan. Bagi manusia yang cerdik biasanya dia menjaga umurnya dengan kebaikkan sejak kecil lagi , dia juga tetap menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran , siapa tidak kenal Saidina Ali ( yang dimuliakan wajahnya oleh Allah s.w.t.) , dari kecil lagi beliau sentiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar , hinggakan pernah di uji baginda di hadapan sahabat baginda yang dewasa mengenai bagaiman hendak khatam Al-Quran satu malam sahaja, baginda dengan yakin menyebutkan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali . Benarlah sesunguhnya Baginda Rasulullah adalah gedung ilmu dan Saidina Ali adalah pintunya, Allah amat menyayangi manusia yang kecil akan tetapi sentiasa bertaubat dari manusia yang dewasa tetapi bertaubat apabila tiba masa tuanya. Sesunguhnya manusia kecil takut kepada ALLAH telah menjadi contoh sejak dahulu lagi, ingatkah kisah seorang anak yang menanggis mengatakan api neraka akan membakarnya, ditanya oleh seseorang dewasa mengapa harus takut pada api neraka, dalam keadaan menanggis kanak-kanak itu megatakan BIASANYA APABILA ORANG MEMBAKAR SESUATU PASTI KAYU KECIL DAHULU YANG DIBAKARNYA SEMENTARA MEMASUKKAN KAYU BESAR APABILA SUDAH TERBAKARNYA KAYU KECIL ( INI ADALAH SERUAN AMAR MAKRUF DARI SEORANG KANAK-KANAK )

NAUZUBILLAHI MIN ZALIK, SUBHANALLAH, ALLAH HUAKHBAR.

3) PERTAHANKAN NAMA BAIK RASULULLAH
****
Nama Baik Rasulullah hendaklah dipertahankan oleh semua umatnya, Kebelakangan ini umat islam langsung tidak kisah dengan urusan mempertahankan nama baik Rasulullah , pertahankan nama baik Baginda adalah merangkumi dengan mempertahankan nama baik keluarga baginda ( Sebab itu umat islam digalakkan berselawat kerana antara hikmahnya adalah memuliakan nama Baginda dan ahli keluarga Baginda). Dahulu kita dikejutkan dengan kisah Hamba Allah yang bernama Salman Rushdie yang menghina Rasulullah dengan menerbitkan dan menulis buku yang menghina Rasulullah mengatakan baginda Bapa Ayam dan ajaran baginda adalah ajaran dari syaitan- semoga Allah melaknat hamba ini selamanya, kecuali dia bertaubat kerana Allah maha pengampun dan Maha Penyayang.

Kemudian kita dikejutkan dengan kisah lakaran kartun Rasulullah dalam keadaan memakai serban berbentuk bom, Nauzubilah hi min zalik., kerajaan Denmark lansung tidak kisah dengan lakaran ini kerana bagi mereka mereka lebih berani dari Amerika Syarikat kerana memaparkan gambar baginda dalam keadaan sedemikian, semoga Allah menarik Rahmatnya Dari Negara Denmark selama-lamanya.

Kalau nak ikutkan di masa hadapan banyak lagi kisah penghinaan terhadap Rasulullah yang akan berlaku Cuma tugas kita sekarang jika ini berlaku adalah mempertahankan nama baginda kerana kita memerlukan Syafaat dari baginda di hari Qiamat nanti?

4) JAGA KEBAJIKAN MUALAF DAN AMBIL TAHU MASALAH
*****NASIB MUALAF ZAMAN SEKARANG... ..
Oleh :SERBAN MERAH
Tarikh : 12/10/2006 9:31:15 AM,
ALLAH MAHA BESAR ,
ALLAH TELAH MEMBERI HIDAYAH PADA ORANG BUKAN ISLAM MENGANUT AGAMA ISLAM DENGAN RELA HATI..TAPI APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI ORANG YANG TELAH ISLAM SEJAK DATUK MOYANG KITA DAHULU..!!
LA NI MACAM NI LA, KITA KAN ORANG ISLAM , DEPA KAN SAUDARA BARU.. KITA BANTU DEPA DENGAN PERKARA -PERKARA YANG MEMANTAPKAN IMAN DEPA. KITA ADAKAN KELAS AGAMA PADA SAUDARA BARU, AJAR TENTANG HUKUM HAKAM SEORANG ISLAM , AJAR APA YANG DEPA TAK TAU, BAGI BANTUAN KAT DEPA ..INSYAALLAH DEPA AKAN TERTARIK DENGAN ISLAM HINGGAKAN DEPA MENUTUP MATA DENGAN KALIMAH """""TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD RASULULLAH....""""

5) JADIKAN MASJID BERFUNGSI SEPERTI ZAMAN KHA. UMAR AB. AZIZ.

*****
MASJID HENDAKLAH SEPERTI ZAMAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ, FUNGSINYA BENAR-BENAR HIDUP , SELURUH AKTIVITI KEBANYAKKAN DILAKUKAN DI MASJID. KHALIFAH UMAR INI MELAMBANGKAN KEADILAN.
SIANG MALAM MASJID HIDUP DENGAN PELITA ILMU OLEH RAKYATNYA. HINGGAKAN MENYEBABKAN SEKARANGPUN TIDAK DAPAT MENANDINGI FUNGSI MASJID SEPERTI ZAMAN KHALIFAH INI.
KALAU MASJID KITA BEGINI , INSYAALLAH AKAN LIHAT ILMUAN LAHIR DARI MASJID .

6) CARI PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MURTAD
*****
Persoalan Murtad.

Satu wabak yang melanda sekarang , yang amat merisaukan ahli-ahli agama adalah persoalan Murtad!!!, Murtad adalah sebutan yang sedap disebut akan tetapi pahit bagi umat islam di seluruh dunia. Kalau nak ikut hukum Islam, mereka ini harus di hukum mati. Masalah Murtad adalah masalah yang paling besar yang harus diuruskan oleh Saidina Abu Bakar setelah wafatnya junjungan Mulia Nabi Muhammad dahulu, Peperangan yang merugikan bangsa arab adalah peperangan memerangi Murtad, ( padahal jika nak ikutkan persoalan yang timbul disebabkan masallah ini adalah enggan Membayar Zakat . Bagi orang arab ketika itu ,zakat hanya wajib di bayar ketika hayat Rasulullah sahaja. ( mereka lupa tentang Ayat Al-Quran *** Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat ).

Setelah beberapa zaman kemudian orang ?orang Arab dengan izin Allah dibukakan hati untuk menyebarkan ajaran islam ke sejagat nusantara alam ( GLOBAL) . Di Asia Tenggara mubaligh islam singgah di bumi Indonesia( NEGARA SAMUDRA ) untuk menunaikan solat , dan perlakuan ini telah di amati penduduk sekitar tempat tersebut. Dan disebabkan tertarik dengan perlakuan tersebut hingga hal ini tersebar kepada kuasa pemerintah negara itu. Setelah di jemput oleh pemerintah , maka bersyukurlah hati pedagang tersebut kerana mereka tahu cahaya Islam akan menyinar di seluruh Asia Tenggara, dan seperti yang telah di hajati mereka pengislaman terbesar negara Islam tersebut telah termaktub di Loh Mahfuz Allah

Itu kisah dahulu , iaitu ketika pedagang arab tersebut menyabung nyawa dengan ombak lautan demi untuk memertabatkan islam dimuka dunia.

Zaman ini menyaksikan Murtad berlaku di sebabkan banyak perkara ( bukan sebab zakat seperti zaman dahulu- zakat apa, nak bayar zakat pun ketaq tangan la ni ). Perkara kerana ingin berkahwin dengan orang agama lain, bercinta dengan orang agama lain, disebabkan kerana kewangan , disebabkan kerana kepentingan duniawi, disebabkan kerana sifat jumud manusia kerana mengatakan kalimah ? KALAU PELUK ISLAM , SAMPAI BILA PUN KITA TAK MAJU , SAHAM DIHARAMKAN( DEPA LUPA SAHAM AKHIRAT ? ). Kalau nak ikut banyak lagi punca-punca manusia Islam Murtad, Benarlah Kata Ulama, Lahir Islam belum tentu mati Islam ). Wallah Hu Alam, Allah Hu Akhbar.

7) ELAKKAN RIBA DAN RASUAH DALAM SEGALA URUSAN
*** Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya Kerajaan Bani Abbasiah adalah kerana Rasuah,
Ini telah membuktikan sesungguhnya sebuah kerajaan yang agung pun akan runtuh jika pemimpinnya korupsi. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz cukup berhati-hati suatu masa dahulu bagi mengelakkan kakitangan supaya tidak melibatkan diri dengan rasuah.(musuh dalam selimut seluruh umat manusia kerana hancur bangsa kerana rasuah ). Kanak ?kanak kecil kita sebenarnya sudah lama terlibat dengan rasuah( jangan terkejut!!!, ini bukan tuduhan bang, tetapi ini fakta yang harus di akui semua manusia), kita di Malaysia khususnya dikampung ?kampung kita biasa mengupah anak kecil kita dengan 10 sen ataupun 20 sen jika melakukan sesuatu kerja , contohnya membeli barang di kedai, ini adalah fakta , bukan tuduhan dari saya . Kita tidak boleh menyalahkan Generasi Muda kita jika mereka terlibat dengan rasuah kerana generasi Kita sekarangpun sebenarnya memainkan peranan juga.>>( kita sepatutnya tidak mengamalkan gejala memberi upah kepada anak kecil, kerana ini adalah tunas-tunas rasuah bercambah)?

Riba juga adalah sesuatu yang tidak digalakkan dalam islam kerana ia adalah shubahat dan suatu sikap yang mementingkan diri sendiri dari kesusahan orang lain??( Syukur pada Allah Yang Maha Agung kerana Negaraku Malaysia telah mengamalkan system tanpa riba dalam urusan perbankan mereka, Alhamdulilah?.)?.

JANGAN GANGGU URUSAN ULAMA MUKTABAR

**** Urusan Agama melibatkan ulama muktabar hendaklah tidak digangu krana gelaran Muktabar ini menunjukkan mereka benar ?benar ahli dalam urusan ugama Islam( mereka ikhlas dalam urusan ini kerana berpandukan Al-Quran Dan Hadith semata-mata ). Urusan agama dari **ular dalam semak** adalah melibatkan manusia yang bergelar ulama dari segi luaran akan tetapi mempunyai kepentingan kepada diri sendiri dan hanya untuk keuntungan diri sendiri bukan untuk kepentingan Islam.

9) AL-QURAN DAN HADITH DIJADIKAN PANDUAN.

**** RETURN TO AL-QURAN DAN HADITH IF YOU WANT SAFE.****

10) Kasih sayang ibu bapa.

Kasih sayang ibu bapa dewasa ini semakin terhapus, seorang anak tidak pedulikan ibu bapa yang telah membesarkannya dari kecil sehingga dewasa.
Anak derhaka telah menjadi suatu topik yang amat serius sekarang, bayangkan kerana hal ini boleh duusulkan di parlimen, ini menunjukkan keaadaan sekarang amat teruk . Manusia sekarang sebenarnya telah kering dengan kasih sayang , sebab tu sekarang macam-macam hal berlaku, seorang ayah dan ibu boleh memelihara 10 orang anak akan tetapi seorang anak tidak boleh pelihara ibu dan ayahnya, apa sebenarnya yang berlaku sekarang, kadang ?kadang anaknya bergaji besar dan berjawatan tinggi dan mampu untuk membeli rumah beberapa buah, akan tetapi tak boleh menjaga dua orang ibu bapanya, pelik bin ajaib. Lupakah kita kisah seorang anak yang dijumpai oleh Rasulullah ketika Isra Mikraj ( iaitu seorang manusia yang dighaibkan dalam Nur Arasy Allah yang ditanya Baginda apa sebab kamu mendapat kemuliaan ini sedangkan kamu adalah manusia biasa sahaja, dijawab manusia itu yang mendapat kemuliaan ini kerana di dunia dahulu aku sayang MASJID ALLAH , AKU BERZIKIR DAN AKU HORMATI ORANG TUA AKU). Nah disinikan disebut tentang kemuliaan menghormati ibubapa kita, Saya rasa amat terharu apabila melihat anak tidak perdulikan ibubapa mereka ( bayangkann jika mereka tua nanti dan anak mereka pula melakukan perkara sama pada mereka??

11) SEDEQAH YANG IKHLAS.

Jika suatu masa dahulu , manusia tidak mempersoalkan mengapa memberi Sedeqah ataupun tujuan di beri sedeqah. Akan tetapi hari ini manusia mempersoalkan tujuan diberi sedeqah dan kalau boleh manusia inigin tahu kemana wang berkenaan pergi!!!

Keberkatan atas sedeqah akan hilang sekiranya manusia ingin mengetahui kemanakah tujuan dan kemanakah wang sedeqah berkenaan pergi. Suatu masa dahulu manusia memberi sedekah tanpa diketahui tangan kiri, akan tetapi sekarang tangan kiri bukan sahaja ingin tahu bahkan tangan kiri merosakan sedeqah berkenaan .

Sedeqah yang mambrur adalah sedekah yang mana kalau boleh manusia itu tidak ingin tahupun tangan mana yang meneyedeqahkan harta berkenaan , Urusan kemana perginya wang sedeqah adalah urusan Allah Yang Maha Agung , kita tak layakpun persoalkan nya kerana seluruh harta BUKAN KITA YANG PUNYA, FIKIR-FIKIRKANLAH KENYAATAAN INI DENGAN IKHLAS DARI HATI (QALBI)?.

12) MENGHARAP SESUATU ATAS SETIAP PERTOLONGAN.

**** Sesungguhnya manusia yang mengharap sesuatu dari setiap pertolongannya adalah makhluk yang rugi. Allah yang menjadikan manusia pun tidak pernah meminta balasan setelah kita dijadikannya. Setiap perbuatan baik akan dibalasnya begitu juga setiap perbuatan buruk akan menerima pembalasan yang setimpal. Apakah setiap pertolongan yang diberikan umat-umat dahulu ke atas setiap bantuan mengharapkan balasan???. Sesungguhnya setiap bantuan yang kita lakukan pada makhluk Allah yang lain hendaklah ikhlas kerana Lillah Taala. Kerana mengharapkan balasan yang menyebabkan kita menjadi manusia yang rugi dan tamak ( sedangkan seluruh harta di dunia ini adalah dimiliki Malikul Qudus ). Janganlah harapkan harta itu akan ditanam bersama-sama kita di dalam kubur, kerana sesungguhnya yang ditanam bersama kita adalah credit ( hutang) yang bertukar menjadi bahan yang akan menyeksakan kita di Alam Barzah. Kerana mengharapkan balasan atas pertolongan kita menyebabkan munculnya Gejala Rasuah Dan Riba??????

13) TIDAK BERIMAN SESEORANG YANG TIDAK MEMPEDULIKAN URUSAN UMAT ISLAM LAIN?

****Sesunguhnya semua Manusia dijadikan Allah seolah-olah satu badan, andai sakit satu bahagian anggota badan maka anggota lain turut merasakan ketidak selesaan. Maka janganlah hendaknya ada antara kita mengatakan sesungguhnya manusia sekarang sudah teruk, kerana sesungguhnya manusia yang berkata demikian adalah kerana kecewa di hati melihat kehidupan manusia masa kini tanpa dia sendiri tidak cuba memeperbetulkan apakah perkara-perkara yang menyebabkan dia kecewa(***** maka dia adalah manusia yang paling teruk ketika ini****). Kita hidup adalah dalam berkeadaan berjemaah, susah senang menghadapinya bersama-sama , bukan mengkritik tak tentu hala. MANUSIA YANG BERUNTUNG ADALAH AMANUSIA YANG SENTIASA BERMOTIVASI KEPADA MANUSIA LAIN TANPA MENGIRA SAMA ADA SAUDARANYA ATAU TIDAK?
Manusia yang amat amat amat rugi adalah manusia yang hendakkan syurga untuk dirinya seorang sahaja, berbanding manusia yang amat amat amat beruntung adalah manusia yang sanggup berdoa ke Hadrat Allah YANG MAHA AGUNG supaya membesarkan dirinya untuk memenuhi keluasan seluruh neraka Allah kerana tidak mahu mahkluk lain menempati neraka itu?

14) AKAD JUAL BELI DALAM ISLAM

****Islam memang mengalakkan umatnya terlibat dalam aktiviti perniagaan. Sistem perniagaan dalam Islam melibatkan banyak pihak, dewasa ini kebanyakkan urusan perniagaan ikut sedap nafsu masing-masing sahaja. Sesunguhnya setiap Akad ada keberkatan, Sebenarnya generasi kebelakangan ini telah lupa dengan akad jual beli, Sebab itulah orang-orang zaman dahulu ( zaman datuk nenek kita) jika membeli ataupun menjual kedenganran perkatan ( Saya Jual Dan Saya Beli).. Sesunguhnya benarlah setiap akad ada keberkatannya, kita sebenarnya hilang keberkatan dalam jual beli sekarang ini adalah kerana kekurangan pihak yang mengamalkan akad jual beli dalam system Islam , Sesungguhnya makanan yang masuk dalam perut kita adalah halal jika terbukti halal, akan tetapi kurang BARKAH kerana kita tidak mengamalkan akad jual beli dengan sempurna?( Mengapa Menyembelih Korban atau Akikah perlu mengucapkan akad kalau tidak ada keberkatan atas haiwan yang di korbankan dan di akikahkan, ini bermaksud akad adalah amat penting dalam menentukan barkah Allah Yang Maha Agung atas haiwan berkenaan...)

1500 HIJRAH ) RAHSIA ASMA AL HUSNA ALLAH YANG MAHA AGUNG.

***********AR-RAHMAN.
Rahman bermaksud pengasih, pengasih pula bermaksud sayang yang tidak berbelah bahagi( makna kata kasih sayang 100% ). Makhluk Allah wujud du dunia ini adalah kerana sifat Rahman Allah. Kalau tidak kerana rahman Allah dunia pasti tidak selamat di duduki oleh makhluk-mahkluknya, Bayangkan setiap hari berlaku gegaran gempa bumi 10 skala Richter, Bayangkan matahari di dekatkan 20 kilometer dari tempat asal( PASTI SEMUA MAKHLUK ALLAH TERBAKAR ) kerana sifat rahman Allah tetapkan meletak jarak matahari dari bumi statik setiap masa waktu dan ketika, tidak berlebih dan berkurang jaraknya, kerana sifat rahman Allah menyebabkan air laut pasang tidak melewati garis sempadan ( kalau melewati garis sempadan pasti semua benua sekarang sudah tengelam), kerana sifat rahman Allah menyebabkan iblis dan syaitan tidak nampak pada pandangan zahir manusia, bayangkan manusia boleh nampak iblis dana syaitan ketika berjalan untuk melakukan urusan harian pasti tergendala segala urusan kerana GERUN melihat iblis dan syaitan yang berceretek diseluruh pelusuk alam maya??..DAN KERANA SIFAT RAHMAN ALLAH MENYEBABKAN AL-QURAN DAN HADITH KEKAL HINGGA SEKARANG, WALLAH HU ALAM?

AR-RAHIM
Rahim bermakna penyayang, kerana sifat penyayang Allah Yang Maha Agung, yang menyebabkan Iblis mendapat peluang untuk bertaubat melalui perantaraan nabi-nabi setelah zaman nabi Adam A.S. , sayangnya iblis tidak mempunyai sifat merendah diri sebab itulah semua nabi yang ditemui untuk memohon ampun kepada Allah sanggup berdoa bersungguh ?sungguh kepada Allah supaya iblis diampun Allah ( Fadhilatnya sangat besar kepada manusia akan datang jika Allah mengampunkan iblis). Akan tetapi kerana iblis tidak mendapat RAHMAT DAN HIDAYAH menyebabkan iblis tetap derhaka pada perintah Allah suatu masa dahulu.
Iblis sebenarnya tidak mempunyai sifat rahmat(penyayang) dan ihsan( belas-kasihan ) , sebab itu tiada mahu menuruti perintah Allah . Kerana sifat Rahim , Allah menerima dan mengampunkan dosa-dosa makhluknya yang bertaubat. Tidakkah kita terfikir mengapa kalimah Rahman dan Rahim sentiasa kita ucapkan sejak zaman kejadian Nabi Adam A.S. dahulu lagi?. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

INSYAALLAH....10 MUHARRAN 1429 HIJRAH KU KERANA AGAMA ALLAH SELAMA-LAMANYA

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my