Terkini  Popular    Mula Topik

Resepi Asam Laksa Segera

2008-09-04 13:26:04
Saya selalu masak ini pada bulan puasa /hari bekerja , senang dan murah dan yang penting anak anak sukakannya.

Bahan bahan dan cara penyediaan :
LAksa (Kalau laksa kering , sebelum pergi kerja rendam dulu , nanti bila rebus sekejap aje dia lembut)

Ikan sardin (Tin)
bawang besar, bawang putih, cili
Sedikit udang keirng , sedikit ikan bilis , sedikit belacan
--Blendkan kesemua bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk, didihkan

Lengkuas -sehiris , diketuk dan dimasuk dalam periuk.
Masukkan asam gelugor , dan asam jawa.

Bila dah menggelegak , kecilkan api , masukkan bunga kantan daun kesom dan nenas dalam tiga , empat potong.
Dan jangan lupa garam.
Renihkan dalam 1/2 jam ...siap.

Masa penyediaan cuma 15 minit (kalau campur masa masak lebih kurang 1 jam), semasa dia reneh , boleh pi mandi, sembahyang dan selepas tu boleh makan...kalau tak puasa.

RAsanya sesiapa yang sampai rumah pukul 6.oo petang masih sempat lagi masak laksa segera ini..Selamat mencuba !!!

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my