Oleh dedalubisa
12-Apr-2009 21:37:23
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku di zaman kanak-kanak dulu. Ayahku suka memberi amaran kepada ku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.
Contohnya: jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada ku, bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ketempat asalnya .
Satu hari, aku mengikut ayahku ke surau untuk solat Maghrib. Ketika sedang rokok, aku melihat kain pelikat Pak Imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang "konon"nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingan pada ku. Aku pun faham akan maksudnya, lalu terus memasukkan semula kain pelikat Pak Imam itu ke celah punggung nya. Apa lagi melatahlah Pak Imam. Habis semua jemaah batal.
yang merah itu saga, dan yang putih itu kendi.
webmaster@mymasjid.net.my