Terkini  Popular    Mula Topik

Perihal Mymasjid ..

2012-04-27 16:52:24
Perihal myMasjid ..Semenjak tahun 1999 ..Projek myMasjid adalah sebuah projek persendirian. Tujuan utama myMasjid adalah untuk 'membawa komuniti internet ke masjid dan membawa komuniti masjid ke internet". myMasjid bercadang mengumpul kesemua maklumat-maklumat masjid di seluruh Malaysia beserta dengan aktiviti terkini yang dianjurkan untuk pengetahuan orang ramai. myMasjid telah berada di dunia internet Malaysia sejak 1999 dan telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Setiap hari beribu-ribu pengguna internet akan menggunakan kemudahan yang disediakan, justeru wujud satu komuniti maya yang terus berkembang.Pengguna myMasjidSiapakah mereka yang melayari laman web ini ? Rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, yang beragama Islam dari pelbagai peringkat umur. Dengan usaha promosi yang secukupnya myMasjid  berjaya mendekatkan 'golongan masjid' ke internet serta menarik golongan 'netters' mendekati masjid. Ia telah terbukti berkesan.Sejarah pembinaan laman myMasjid ..Laman myMasjid oleh Sdr Azrul Alwi bersama-sama dengan Sdr. Mirzan Soni di dalam bentuk HTML biasa pada September 1999. Pada awal tahun 2000, myMasjid mula menggunakan teknologi CGI dan HTML serta pengkalan data bentuk 'text file'. Enam bulan kemudian, myMasjid mula mendapat permintaan ramai ramai. Langkah-langkah pembinaan semua laman telah diambil dengan menggunakan 100% teknologi ASP dibawah platform IIS 3.0 sehingga. Pengkalan data juga telah disusun semula untuk memudahkan aplikasi ASP berfungsi.Versi ketiga myMasjid yang berlandaskan ASP telah terhasil. Pengkalan data kali ini adalah dalam bentuk Ms-Access. Namun atas sebab-sebab tertentu myMasjid terpaksa di pindahkan dari Asia-Online ke FreeNet. myMasjid telah menggunakan aplikasi-aplikasi seperti JavaScript, VBScript, namun tanpa imej-imej yang bersaiz besar kerana dipercayai dapat melambatkan proses pindah turun.Dari semasa ke semasa myMasjid terus memperkenalkan aplikasi-aplikasi online yang baru untuk para pengguna. Sesuai sebagai 'center of dakwah', myMasjid menyediakan 'peralatan' dakwah untuk mereka yang berminat.Versi myMasjid 6 yang mula dilancarkan pada Jun 2003. Lihat sebahagian versi-versi terdahulu Versi. Versi ke 7 merupakan satu kegagalan kerana cuba mengubah keseluruhan laman ke Joomla yang akhirnya mengurangkan beberapa aspek kepenggunaan.Anda sedang melayari versi 8 myMasjid, ia lebih menggunakan konsep dan teknologi Web 2.0.Rancangan masa depan ..InsyaAllah, dari semasa ke semasa usaha R&D akan dilakukan, dengan harapan dapat membangun laman ini dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan bersesuaian. Dengan bantuan dan idea anda myMasjid boleh mengumpul maklumat-maklumat masjid di Malaysia serta majlis-majlis ilmu untuk rujukan ramai. Malah menjadi salah satu pusat rujukan di dunia cyber.Rancangan Usahasama..Sentiasa mengalu-alukan mana-mana laman web tempatan yang ingin mengadakan kerjasama dalam bentuk perkongsian data, maklumat dan sebagainya. Sekiranya anda berminat untuk menjalankan rancangan usahasama dengan myMasjid sila kirimkan emel ke webmaster@mymasjid.net.mymyMasjid di Akhbar..Tidak ramai yang sudi memberi perhatian kepada laman sedaif myMasjid, tetapi terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberi sokongan. Utusan Malaysia - 1 September 2000Utusan Malaysia - 12 September 2000Majalah Dara.Com - November 2002Kewangan myMasjid ..Secara umumnya pembiayaan keseluruhan myMasjid adalah dibuat oleh para komuniti di sini. Ribuan terima kasih diucapkan, semoga Allah swt memurahkan dan melapangkan pintu rezeki

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my