Renungan: Erti Bersahabat

Oleh MOHD HAMZAH
15-May-2003 22:36:33
ERTI PERSAHABATAN..

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali
diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita
beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi
kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati
janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk
menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah
membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada
janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
& nbsp;Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi
kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang
www.myjodoh.net
kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita
memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita
luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri
kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti
mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa
kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang
hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan
kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan
kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita
sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya,
mungkin tersi mpan seribu kekalutan, kita tidak
tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti
dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah....


If u give a fish to a man, he will not feel hungry for a day, but if u teach him how to catch the fish, he will not feel hungry for his whole life.

 

webmaster@mymasjid.net.my