Motivasi........

Oleh Zana
04-Jun-2003 11:07:26
Maniskan wajah, lembutkan lidah

PERKAHWINAN anda dikira masih awal jika usianya baru mencecah setahun meskipun anda telah pun bergelar ibu ataupun ayah. Pada masa yang begini, pastinya kebanyakan anda sedang dibungkus nikmat hidup berumah tangga. Anda bersama suami sedang merealitikan impian-impian yang sebelum ini hanya berlegar dalam imaginasi. Bahagia rasanya.

Namun, tidak kurang juga pasangan-pasangan yang sedang dihimpit kesusahan, maklum awal perkahwinan biasanya perlu banyak berkorban. Kewangan selalunya menjadi masalah utama. Jika anda dalam situasi kedua, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ramai lagi orang di luar sana sedang bergelut dengan kehidupan mereka. Barangkali lebih teruk daripada apa yang anda alami.

Dalam situasi kedua, tidak usah tercari-cari kekurangan suami. Begitu jika anda seorang suami, usah dibangkit-bangkitkan kekurangan isteri. Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing. Terima seadanya dan lakukan perubahan berdikit-dikit
www.myjodoh.net
tapi berterusan (istiqamah). Dalam masa yang sama, banyakkan mendalami agama untuk mengetahui lebih banyak rahsia kehidupan dan apa-apa yang dijanjikan ALLAH terhadap orang yang reda. Reda balasannya Syurga, tidak reda dan mengungkit-ungkit jawapannya neraka.

Mari kita lihat satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. tentang hal ini. Setelah semua wanita berkumpul di Baabun Nisaa', Rasulullah s.a.w. datang dan memberi salam, "Assalamualaikum. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka." Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Tidak, bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka, iaitu kamu banyak mengutuk/menyumpah dan kamu kufurkan kebaikan suami." Kemudian baginda mengingatkan supaya banyak beristighfar dan banyak bersedekah. Apa yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah?
Perbuatan ini mudah hingga kadang-kadang tidak sedar ia telah
dilakukan.

-Sumber majalah-
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

 

webmaster@mymasjid.net.my