Pilihlah lelaki yang...

Oleh cik ein yang manis
10-Jun-2003 06:25:10



Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada
bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan.
Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama,
kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya
sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami,
pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg
kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina
Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia
pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan
tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga
tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke
www.myjodoh.net
tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap
nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak
amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang
dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya
tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."


wassalam,

[sumber emel daa]
Surrender now...! or prepare to fight...

 

webmaster@mymasjid.net.my