Serban

Oleh Mohd. Syazwan
22-Jun-2003 00:00:27
“Duduklah atas serban ini”...

Suatu hari Jarir bin Abdullah Al-Bajli terlewat datang ke rumah Rasulullah S.A.W. Ketika itu rumah baginda sudah melimpah dengan orang ramai.

Sama seperti Jarir, semua yg datang ada hajat masing-masing untuk berjumpa Nabi selain ingin mendengar syarahan serta bimbingan daripada Rasulullah.

Jarir susup-sasap mencari tempat. Ketika itu timbul rasa kesal kerana datang terlalu lewat. Namun selepas berusaha, dapat juga dia ke ruang hadapan. Walaupun syarahan belum bermula, selalunya waktu begitu dia sudah bersila di hadapan Nabi.

Bagaimanapun badannya yang kecil memudahkannya menyelit di celah orang ramai itu. Selepas meminta maaf, memberikan senyuman, seorang lelaki mengesot sedikit, memberi dia ruang yang cukup untuk bersila.

Dia melihat para sahabat yang lain juga terpaksa duduk bersesak-sesak sehingga tiada ruang lagi yang kosong. Kedatangan Jarir disedari Rasulullah. Baginda nampak Jarir duduk
www.myjodoh.net
di atas lantai tanpa tikar. Lalu baginda melepaskan serban di bahu dan memberikan kepada tetamu istimewanya itu.

“Hai Jarir, duduklah di atas serbanku ini,” pelawa Nabi sambil tersenyum lalu membentangkan kain serban itu di lantai. Jarir terkejut bercampur terharu kerana mendapat perhatian baginda. Dia mengambil serban tersebut lalu diusap-usap ke mukanya beberapa kali. Jarir kemudian menangis teresak-esak. Kemudian dia melipatnya seperti sediakala dan memulangkan semula secara terhormat kepada Rasulullah.
“Tak mungkin aku duduk atas pakaianmu yang mulia ini wahai Nabi Allah. Semoga Allah memuliakan Rasulullah sebagaimana baginda memuliakan aku,” kata Jarir sebak.

Orang ramai yang hadir terpegun bahkan ada yang turut mengalirkan air mata.

Sambil menoleh ke kanan dan kiri, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila datang seorang tetamu yang mulia maka muliakanlah dia; dan apabila datang kepada kamu seorang yang ada hajat atas kamu maka muliakanlah mereka”.

Wassalam....
null

 

webmaster@mymasjid.net.my