Kehebatan Dua surah Qul

Oleh Abu Dzar Al Ghiffari
04-Jul-2003 22:20:36
SURAH al-Mu'awwizatain adalah dua surah yang pada awalnya menggunakan
lafaz (Katakanlah aku memohon perlindungan). Dua surah dimaksudkan itu
adalah surah al-Nas dan surah al-Falaq, yang memiliki pelbagai khasiat.

Surah al-Nas bermaksud: "Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yang
menguasai manusia, Raja (yang mengatur manusia), Tuhan (yang disembah)
manusia, dari kejahatan syaitan yang menggoda manusia, iaitu yang berupa
jin dan manusia."

Surah al-Falaq bermaksud: "Katakanlah saya memohon perlindungan kepada
Tuhan Penguasa (waktu Subuh), dari makhluk-Nya yang berbuat jahat, dan
dari kejahatan gelap-gelita di waktu malam, dan dari kejahatan ahli
sihir (wanita) ketika berdaya upaya menghembuskan buhulnya (simpulan
manteranya) dan dari kejahatan orang yang dengki ketika berdaya upaya."

Berkaitan dengan dua surah itu,terdapat beberapa hadis yang menyatakan
mengenai keutamaan dan khasiatnya.

Antaranya
www.myjodoh.net
hadis bermaksud: "Dari Abi Sa'ad ia berkata, "Bahawa
Rasulullah s.a.w. selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. daripada
syaitan, jin dan manusia sehingga turunnya dua surah (Mu'awwizatain),
kemudian Rasulullah s.a.w menggunakan kedua-duanya dan meninggalkan yang
lainnya." (Riwayat Tirmizi dan al-Nasai).

Hadis lain bermaksud: "Dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda, "Ingatlah (perhatikanlah) saya ajarkan kepada kamu
mengenai Ta'awwuz yang paling ampuh! Ibnu Abbas r.a. menjawab, "Baik,
beliau menunjukkan iaitu Qul A'uzu Bi Rabbil..." (Riwayat Imam Ahmad).

Mengikut pengalaman sahabat Rasulullah s.a.w., tabiin dan ulama
al-Soleh, dua surah itu mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya:

* Surah itu dapat menyembuhkan orang yang disengat kala iaitu dengan
cara dibacakan pada air garam kemudian disapukan atau digosok pada
anggota yang disengat, maka dengan izin Allah s.w.t. ia pasti akan sembuh.
Perkara sedemikian sesuai dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh
sahabat Ali bin Abi Talib r.a. ketika Nabi Muhammad s.a.w. digigit kala.

* Kedua-dua surah itu boleh menyembuhkan orang yang terkena sihir atau
santau. Caranya adalah dengan membaca sebanyak 41 kali dalam tempoh
tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut. Insya- Allah dengan izin-Nya
sihir itu akan segera hilang dan sembuh, dengan syarat diamalkan dengan
sepenuh keyakinan.

* Apabila Surah al-Mu'awwizatain dibaca 100 kali maka pasti akan
selamat dan boleh menzahirkan keberanian yang luar biasa di dalam hati.
Dengan izin Allah, ia juga akan dapat menghindarkan sebarang kezaliman yang
dilakukan oleh manusia dan jin, penguasa dan juga dapat membangkitkan
keberanian di malam yang sangat gelap.

* Dua surah itu juga dapat dijadikan petunjuk apabila seseorang
tersesat jalan ketika di dalam perjalanan. Caranya dengan membaca kedua-dua
surah itu ketika sesat berterusan terutama di dalam keadaan gelap gelita.

* Surah Mu'awwizatain jika dibaca di waktu petang selepas solat Asar
dan di waktu pagi selepas solat Subuh sebanyak tiga kali kemudian
ditambahkan dengan Surah al-Ikhlas, insya -Allah ia akan mencukupi segala
keperluannya.
Ayat Satu iaitu ayat ke-15 dalam Surah al-Syura boleh menjadi
pendinding daripada kejahatan musuh dan orang zalim. Ayat itu mengandungi dua
khasiat iaitu:

* Apabila dibaca setiap kali selepas solat fardu dengan membayangkan
kehadiran lawan yang zalim dalam urusan mahkamah dan meyakinkan hati
untuk memohon perlindungan kepada Allah, maka dengan izin Allah ia akan
dapat menghindari sebarang tipu muslihatkan dan ia pasti menang dalam
keputusan mahkamah.

* Apabila sedang berhadapan dengan musuh, orang yang zalim atau
ditakuti atau binatang buas, Ayat Satu hendaklah dibaca sekali. Insya-Allah
akan terhindar daripada sebarang bahaya dan kejahatan.



Ayat Satu bermaksud: "Allah s.w.t. adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu,
bagi kami adalah amalan-amalan kami dan bagi kamu adalah amalan-amalan
kamu, tiada sebarang pertengkaran antara kami dan kamu, Allah s.w.t.
menghimpunkan antara kita dan kepadaNya kita kembali."



ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

 

webmaster@mymasjid.net.my