KISAH NABI ISMAIL AS part 3

Oleh AINUL HULSAINI
31-Jul-2003 15:23:28
Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya.Tidak lama kemudian, bekalan yang ditinggalkan mulai habis. Nabi Ismail mulai menangis kerana kehausan. Siti Hajar tidak sampai hati melihat keadaan anaknya. Dia berlari tujuh kali berulang dari Bukit Safa dan Marwa untuk mencari air. Semasa berlari untuk kali kelapan, beliau melihat anaknya, nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah. Maka dengan kuasa Allah, terpancutlah air dari rekahan tanah yang dihentak tadi. Siti Hajar lantas meminum air itu dan terus menyusui Nabi Ismail. Mata air itu terus mengalir hinggalah sekarang dan dikenali sebagai air zam zam.Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka
www.myjodoh.net
mengetahui dari pengalaman bahwa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawanya terdapat air, maka diutuslah oleh mrk beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam ,dimana kedatangan mrk disambut dengan gembira oleh Hajar karena adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.
Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

 

webmaster@mymasjid.net.my