Risalah Fikir (267) Al Qoriin As Soolih

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:26

Yuusuf bin Al-Hasan roh.a. telah berkata :

BI SUHBATIS-SOOLIHIINA TATIIBUL-HAYAATU WAL-KHOIRU MAJMUU'UN FIL-QORIINIS-SOOLIHI IN NASIITA DZKKAROKA WA IN DZAKARTA A'AANAKA !!

[Pengertiannya kira2 : MENERUSI PERSAHABATAN DENGAN PARA SOOLIHIIN MAKAMANISLAH(BAHAGIALAH,BAIKLAH)KEHIDUPAN INI. DAN KEBAIKAN ITU ADALAHDIKUMPULKAN(COLLECTED, GATHERED)DI DALAM QORIIN (TEMAN / KAWAN)YANG SOOLIH,ANDAIKATA ENGKAU TELAH LUPA MAKA DIA MENGINGATKAN (MEMBERIKAN PERINGATAN /MENASIHATI) AKANDIKAU DAN ANDAIKATA ENGKAU TELAH INGAT / MENGERTI MAKA DIAMENOLONG AKANDIKAU !!].

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman 315 &316.

Antara kesimpulan / huraian / i'tibaar...

[1] Kehidupan yg bahagia-baik-manis (hayaatun toyyibah) diperolehi menerusipersahabatan dgn para soolihiin. Tentulah para soolihiin dalam ertikata ygsebenarnya.... Pertanyaan : Adakah kita semua telah benar2

www.myjodoh.net
mengadakanpersahabatan (tentulah dgn adab2 persahabatan itu sendiri) dgn para soolihiin ?

[2] Dik kerana kebaikan itu terkumpul pada al-qoriin as-soolih (teman / kawanyg soolih), maka tidak dapat tidak , untuk kita memperolehi kebaikan ituterpaksalah kita mempunyai teman yg soolih. Menerusi teman yg soolih inilah makapeningkatan dalam agama pada diri kita akan berlaku dari tahap ke tahapinsyaAllooh. Ini sesuai dgn maksud hadis :

SESEORANG ITU (MENGIKUT ATAU BERADA) DI ATAS AGAMA / DIIN KAWAN YG DIA KASIHATAU KHOLIIL-NYA (AL-MAR-U 'ALAA DIINI KHOLIILIH).

Pertanyaan : Adakah kita mempunyai kholiil yg soolih ?

[3]AL-QORIIN AS-SOOLIH (teman yg soolih itu) antara lain mempunyai ciri-ciriseperti berikut : (a)Kalau kita lupa dan lalai daripada (perintah) Allooh swt (mithalnya),maka dia akan memberikan peringatan /teguran / nasihat kepada kita. (b)Kalaukita terus maju dalam keto'atan kepada Allooh swt (mithalnya), maka dia akanterus membantu kita supaya kita terus lebih maju lagi.

Pertanyaan : Setakat ini, pernahkah kita mempunyai al-qoriin as- soolih itu ?Atau kawan kita hanya biasa-biasa saja ya'nii tidak mencapai tahap soolih ygsebenarnya ? Yg pasti : kita sendiri pun belum mencapai tahap soolih !

ALLOOHUMMA AL-HIQNAA BIS-SOOLIHIIN !!! [YA ALLOOH, GABUNGKANLAH DAKU DGN PARASOOLIHIIN !!!]

ALLOOHUMMAR-ZUQNAA SUHBATAS-SOOLIHIIN !!! [YA ALLOOH, REZEQIKANLAH KAMI AKAN(TAUFIIQ) UNTUK BERSAHABAT DGN PARA SOOLIHIIN !!!]

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb. Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] SUHBAH : persahabatan [2] QORIIN : kawan, teman.

[3] QORIIN SOOLIH : seorang teman yg soolih.

 

webmaster@mymasjid.net.my