Buat renungan kite semue..

Oleh kakak...
20-Aug-2003 09:49:13
Buat renungan anda semua.....
>
> Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
> anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
> bertanya kepada ayah... ..
> Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
>
> Ayah: Hmmm... .nak tanya apa?
>
> Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
>
> Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?
>
> Si a yah mula menengking.
>
> Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan
> ayah sejam di pejabat?
>
> Si anak mula merayu pada ayahnya.
>
> Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
>
> Jerkah ayahnya lagi.
>
> Anak: Oh..20 ringgit..
>
> Amin menundukkan mukanya.
>
> Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari
www.myjodoh.net
ayah?
>
> &nb sp; Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya
> pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10
> ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
> senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah
> pukul berapa nih... !!"
>
> Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah
> duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta
> duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan
> terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk
> ; keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu
> banyak sebelum ini.
>
> Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.
> Didapati anaknya masih belum tidur.
>
> "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah
> mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
>
> Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
>
> "Terima kasih banyaklah ayah!"
>
> Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit
> yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah
> kembali berang.
>
> "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??
> Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
>
> Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas
> duit itu, dia menerangkan... ..
>
> "Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.
> Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit... "
>
> "Tak cukup duit nak beli apa??"
>
> Jerkah ayahnya lagi.
>
> "Ayah... . sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.
> Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja
> awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
>
> Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
>
>
>
> The moral of this story...
> Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali,
> sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda
> ; sayangi.
> Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras
> sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu
> sibuk...
>
> Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan
> mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..
>
> Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan
> senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita
> tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang
> hidup mereka... ..
>
> Fikirlah... selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?..
> untuk insan yang kita sayang??
>
>


Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa...

 

webmaster@mymasjid.net.my