Isu Suami Liwat Isteri - satu penjelasan bagi yg t

Oleh MeowHidayah
08-Sep-2003 13:20:39
[salam]

Isu ni dah seminggu rasanya ditimbulkan namun ana rasa belum ada warga MM yg timbulkan perkara ni kat forum. Tujuan ana post topik ini adalah sbg makluman kpd mereka2 yg belum jelas kedudukan sebenar isu ini dan implikasinya kpd mereka2 yg kurang arif tentang perundangan Islam.

So di sini suka ana paparkan komen drpd seorg ustaz berkenaan perkara ini:-


"...

Kita hendaklah berwaspada daripada menjadi orang yang mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T., atau mempermain-mainkan ayat Allah. Mempermainkan hukum Allah S.W.T. Di antara contoh yang kadang-kadang orang tak tahu dia mempermain-mainkan hukum Allah ialah bertanya, apakah dalil yang menunjukkan suatu benda nyata haram itu sebagai halal. Pada saya kalau benda tu nyata haram, semua orang tahu haram, kemudian kita minta cuba bagi nas bahawa perbuatan itu halal.

Itu adalah mempermain-mainkan hukum Allah. Semua orang tahu bahawa hukum liwat itu adalah haram kalau kita lakukan walaupun
www.myjodoh.net
terhadap isteri. Tapi ada orang yang nak mempermainkan hukum Allah. Dia kata ada puak yang kata halal pulak pada isteri. Oleh itu tolong bawa dalil nas Quran atau Hadis.

Sedangkan pertikaian bukan soal halal haram liwat suami terhadap isteri. Yang tajuk perbincangan ialah suami meliwat isteri tidak kena hukum hudud. Itu kita kena faham tajuk, tapi orang mempermain-mainkan hukum Allah ini dengan mengatakan bahawa orang yang mengecualikan hukum hudud kepada suami yang meliwat isteri adalah menghalalkan yang haram. Pada hal yang kita bincang bukan benda tu tak haram. Kan orang tu jahil sangatlah kalau mengatakan suami halal liwat isteri. Yang tajuk perbincangan ialah dalam kitab nyata jelas suami liwat isteri tak kena hudud, tapi dia boleh dikenakan hukuman ta'zir.

Tapi sudah diselewengkan, orang mempermain-mainkan benda yang nyata hukum Allah S.W.T. dan yang mendukacitakan ialah, apabila perkara ini disebut kepada orang yang tak faham, akhirnya dia akan jawab. Bila tanya orang tak faham, dia kata ada satu puak tu mengatakan kalau suami liwat isteri tak kena hukum hudud, tak kena hukum hudud. Oleh itu bagaimana pendapat puan? Jadi dia kata saya tolak hukum hudud. Menolak hukum hudud boleh membatalkan 'aqeedah.

Sebenarnya bila kita katakan tidak kena hukum hudud, bukan tak kena ta'zir. Kena ta'zir bukan ianya itu halal. Tapi kerana dikelirukan, maka orang awam menjawab secara terkeliru. Yang berdosa ialah orang yang mengelirukan orang. Jadi ingat, hati-hati, sebab kalau tidak ini pun boleh masuk di bawah ..faman az lamu.. siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T. Jadi kita kena jaga-jaga, hati-hati sikit dalam perkara yang sebegini.

..."

nota: ta'zir - hukuman yang dikenakan berdasarkan budi bicara pihak pemerintah dan boleh jadi melebihi hukuman hudud bergantung kepada kesesuaian jenayah yang dilakukan. Cth: penjara, denda, hukuman bunuh dsb.

- Ustaz Abd Rahim Raffiee dalam kuliah Maghrib Tafsir Surah Yunus di Masjid Riyadus Solihin pada 7 September 2003.


Sila download petikan rakaman ustaz dengan cara right-click link di bawah dan pilih Save Target As jika ingin mendengar komen tersebut:


http://meowhidayah.freewebpage.org/Ceramah/UlasISLI.mp3

meow: Hanya sekadar penjelasan. Mudah-mudahan beroleh kefahaman bagi yang masih terkeliru. Allahua'lam ...
Ke arah memantapkan tauhid...

http://www30.brinkster.com/meowhidayah/

 

webmaster@mymasjid.net.my