Syurga, neraka balasan perbuatan di dunia

Oleh Mami Ros
01-Sep-2004 12:53:43
[salam]

salam sejahtera dan salam sayangggg..[55]..[55]..[55]


BANYAK ayat al-Quran dan hadis menerangkan balasan dan hukuman terhadap mereka yang mematuhi perintah Allah dan melanggar larangan-Nya.

Jelasnya, mereka yang melaksanakan hukum dan ajaran Islam dengan penuh ketakwaan, keimanan, tulus dan ikhlas kerana Allah akan menerima balasan syurga-Nya.

Mereka yang melanggar perintah-Nya pula akan menerima balasan neraka.

Orang berfikiran sihat tentu berusaha bersungguh-sungguh supaya Tuhan memberinya taufik menjadi ahli golongan yang pertama itu.

Kampung tempat balasan yang diperuntukkan bagi manusia mendiaminya ada dua.

Kampung pertama yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Adil untuk kediaman orang kafir dan berdosa yang menerima azab seksanya, iaitu kampung yang dinamakan ‘jahanam’ dan dikenal dengan nama ‘neraka’.

Neraka itu mempunyai tujuh lapisan dan tiap-tiap satu lapisan diperuntukkan
www.myjodoh.net
bagi satu puak tertentu.

Ini dijelaskan dalam ayat 43-44, surah al-Hijr dan bahan bakaran apinya ialah manusia, batu dan jin (ayat 24, surah al-Baqarah dan ayat 15, surah al-Jin).

Kekuatan panas api neraka itu 70 kali kepanasan api yang digunakan di dunia ini. Ini seperti diterangkan oleh hadis berikut:

l Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud bermaksud: “Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanya sepertujuh puluh kepanasan api neraka jahanam."

Sahabat Baginda berkata: "Demi Allah! sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa." Baginda bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan neraka jahaman ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak 69 bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Makanan ahli neraka ialah pokok ‘Zaqqum’ (ayat 43-44, surah al-Dukhan) dan minuman mereka daripada air danur serta air yang sangat panas yang memutus dan menghancurkan tali perut (ayat 16, surah al-Dukhan dan ayat 15, surah Muhammad).

Air buah Zaqqum itu, selain rasanya pahit dan berbau busuk seperti tahi minyak kotor, mendidih dalam perut seperti mendidihnya air yang sangat panas (surah 45-46, surah al-Dukhan).

Rasulullah saw menerangkan keburukan Zaqqum itu dalam hadis berikut:

l Daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah membaca (firman Allah dalam ayat suci ini, ertinya: "Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati, melainkan kamu berkeadaan Islam).

Kemudian Nabi bersabda: "Kalaulah setiitk air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah Zaqqum itu menjadi makanannya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kampung kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi kediaman hamba-Nya yang soleh menikmati segala kesenangan dan kelazatan ialah kampung yang dinamakan ‘jannah’ atau ‘syurga’.

Di kampung ini, boleh didapati padanya segala perkara yang diingini oleh nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata (ayat 71, surah al-Zukhruf).

Di sini juga, ada padanya perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendeknya, segala kesenangan, kesukaan dan kelazatan yang disediakan Tuhan untuk hamba-Nya yang soleh menerimanya di kampung yang disebutkan itu, tidak dapat diceritakan dengan tepatnya oleh sesiapa pun (ayat 17, surah al-Sajadah).

Ada pun nas dan keterangan yang menyatakan nikmat syurga dengan menyebut makanan lazat, minuman sedap, buah-buahan nyaman, hamparan berseri, perabot indah, pelayan serta bidadari cantik jelita dan beradab sopan, maka semuanya itu hanya memberi gambaran sekadar yang boleh difahami oleh manusia mengikut apa yang ada dalam masyarakatnya. Perkara sedemikian untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan akidah kepercayaan dan membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah.

Demikian juga nas yang menyatakan ‘nikmat’ neraka (azab seksa) dengan menyebut perkara yang berlawanan dengan nikmat syurga itu. Perkara itu hanya untuk mencegah manusia daripada merosakkan fitrah kemanusiaannya dengan menjerumuskan diri ke dalam lautan kufur dan kederhakaan.

Oleh itu, di sebalik kenyataan dan gambaran itu ada perkara dan barang sebenar yang akan dapat dipastikan oleh setiap seorang apabila dia menerimanya kelak.

Ahli syurga, selain bergembira dengan nikmat kebendaan dan jasmani, mereka berbahagia pula dengan nikmat kejiwaan dan rohani.

Mengenai perkara ini, Allah berfirman pada awal ayat 26, surah Yunus: Bahawa orang yang berusaha membaiki bawaan hidupnya hingga menjadi amal soleh yang diterima Tuhan, dikurniakan balasan yang terbaik (syurga) serta satu tambahan yang tidak ternilai, iaitu dapat memandang wajah Allah.

Dan pada akhir ayat 72, surah al-Taubah, Allah menyatakan: Bahawa keredaan yang didapati daripada Allah, sekali pun sedikit adalah lebih besar daripada segala nikmat yang lain; serta menyatakan bahawa keredaan yang disebut itu ialah kejayaan yang besar.

Nabi Muhammad pula menerangkan nikmat kebahagiaan yang tidak ada taranya itu dengan hadis berikut:

Daripada Suhaib bahawa Rasulullah membaca (firman Allah dalam ayat ini, ertinya: "Bagi orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (syurga) dan satu tambahan lagi...") dan selepas itu Baginda bersabda: "Apabila ahli syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka, menyerulah penyeru katanya: “Wahai ahli syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang Dia hendak menunaikannya”.

Mereka bertanya: “Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Dia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam syurga serta menjauhkan kami dari neraka?”

Baginda bersabda: “Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka, lalu mereka melihat-Nya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan disukai oleh mereka lebih daripada melihat-Nya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu." (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi dan Imam Ahmad)


sekadar copy and paste....berita harian online...[60]
Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...

 

webmaster@mymasjid.net.my