Lembutkan Hati

Oleh ila shuhaila
07-Aug-2002 18:08:09
Assalamualaikum wbt...

Apa kabar semua teman-teman? semoga sihat & ceria2 selalu... nie nak kongsi beberapa tips utk melembutkan hati...

TiPs LeMBuTKaN HaTi...

Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud: Kalau sekiranya Kami menurunkan
Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-6 yang bermaksud:
Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya
www.myjodoh.net
sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.

Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa, Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anak-anakku, hatiku sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.


Selamat mencuba.. Wassalam...


Jaga Diri N Hiasi Peribadi..
Sent to myMasjid eGroups: 8/7/2002 6:08:03 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 8/7/2002 6:08:03 PM

 

webmaster@mymasjid.net.my