Risalah Fikir (024) 35 Nasihat Abuu Sulaimaan Ad Daaraanii Rah A

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:27

RF kali mengajak kita bersama untuk mengambil munafa'at drp nasihat-nasihat AbuuSulaimaan Ad-Daaraanii rah.a. Nama sebenar beliau rah.a. ialah 'Abdurrahmaan bin Ahmad bin'Atiyyah Al-'Anasiyy. Beliau rah.a. termasuk tobaqoh (generasi) yg keenam drp kalanganahli Syam (para taabi'iin dan taabi'uttaabi'iin). Dan beliau rah.a. wafat dalam tahun205H.

Abuu 'Imraan, Musa bin 'Isa Al-Jassoos rah.a. berkata : Telah berkata Abuu Sulaimaanrah.a. ...(mafhumnya)....... :

Tolaklah jalan (yg boleh membawa kpd) 'ujub itu dgn ma'rifat terhadap diri/nafsu.

  1. Dan bertakhalluslah kpd (untuk mendapatkan) kerehatan hati itu dgn sedikit atau tidak ramai teman (dgn kurangnya bergaul dan bercampur).
  2. Dan berta'arradhlah untuk (mendapatkan) riqqoh hati itu graciousness/friendlines of heart) dgn duduk bersama-sama di dalam majlis-majlis ahlilkhauf (orang-orang yg takut kpd Allah swt).
  3. Dan beristijlaablah (untuk mendapatkan) nur hati (nuurulqalb) itu dgn sentiasa
    www.myjodoh.net
    bersedih dan berdukacita (dawaamilhuzn).
  4. Dan carilah pintu kesedihan/kedukacitaan (baabulhuzn) itu dgn sentiasa berfikrah/berfikir (dawaamilfikrah).
  5. Dan carilah jalan-jalan/bahagian-bahagian fikir/fikrah itu dgn berkhalwat.
  6. Dan bertaharrazlah (pelihara dirilah) drp ibliis dgn melawan atau menyalahi (mukhaalafah) hawaa kamu.
  7. Dan bertazayyanlah (berhiaslah) kerana/untuk Allah dgn ikhlas dan sidq di dalam segala 'amalan.
  8. Dan berta'arradhlah untuk (mendapatkan) kema'afan itu dgn mempunyai sifat malu terhadapNya dan dgn bermurooqobah.
  9. Dan beristijlaablah untuk (mendapatkan) penambahan ni'mat itu dgn bersyukur.
  10. Dan dapatkanlah kelangsungan ni'mat itu (terus menerus dlm keadaan mendapat ni'mat) dgn merasa takut dan bimbang akan kehilangan ni'mat itu sendiri
  11. Dan tidak ada 'amal (yg setanding) seperti 'amal (untuk mendapatkan / menuntut) keselamatan.
  12. Dan tidak ada keselamatan (yg setanding) seperti keselamatan hati (salaamatulqalb).
  13. Dan tidak ada 'aqal (yg setanding) seperti melawan/menyalahi hawaa (mukhaalafatulhawaa).
  14. Dan tidak ada kefaqiran (yg seburuk) seperti kefaqiran hati (faqrulqalb).
  15. Dan tidak ada kekayaan (yg setanding ) seperti kekayaan hati.
  16. Dan tidak ada kekuatan (yg lebih hebat) seperti menolak/menahan kemarahan.
  17. Dan tidak ada nur (yg setanding) seperti nur yaqiin (nuurulyaqiin).
  18. Dan tidak ada yaqiin (yg setanding) seperti memandang kecil/remeh akan dunia ini (istighsooruddunyaa).
  19. Dan tidak ada ma'rifat (yg senilai) seperti ma'rifat diri/nafsu.
  20. Dan tidak ada ni'mat (yg setara) seperti 'aafiat drp dosa-dosa.
  21. Dan tidak ada 'aafiat (yg setara) seperti pertolongan/bantuan taufiiq (musaa'adatuttaufiiq).
  22. Dan tidak ada zuhud (yg setara) seperti pendeknya angan- angan/cita-cita.
  23. Dan tidak ada kelobaan (yg setara) seperti saling berlumba dlm mendapatkan darajat-darajat (ukhraawi)
  24. Dan tidak ada ta'at (yg setara atau lebih bernilai) seperti melaksanakan segala kefardhuan.
  25. Dan tidak ada taqwaa (yg setaraf) seperti menjauhi perkara- perkara yg haram (ijtinaabulmahaarim).
  26. Dan tidak ada kehilangan/ketiadaan (yg seteruk) seperti kehilangan/ketiadaan 'aqal ('adamul'aql).
  27. Dan tiada fadhiilat (yg sehebat) seperti jihaad.
  28. Dan tiada jihaad (yg sehebat) seperti bermujaahadah melawan nafsu (mujaahadatunnafs).
  29. Dan tiada kehinaan (yg lebih rendah dan merbahaya) seperti tama'.
  30. Dan barangsiapa telah tidak memperelokkan penjagaan/pengawasan terhadap nafsu/dirinya (ri'aayatunnafs), maka hawaanya (keinginan hawaa nafsunya) lebih cepat membawanya kpd kebinasaan/kehancuran alhalakah).
  31. Dan kejayaan orang yg ma'suum (dipelihara/dijaga)itu (najaatulma'suum) tidak akan memberi munafa'at kpd orang yg binasa (alhaalik).
  32. Dan kepahitan taqwaa (muraaratuttaqwaa) pada hari ini(didunia ini) adalah merupakan kemanisan (halaawah) pada hari itu (hari akhirat / hari qiyaamat).
  33. Dan orang yg binasa itu (alhaalik) ialah orang yg binasa pada akhir safarnya walhal manzil atau stopping place itu telah hampir didekatinya (telah hampir sampai atau tiba).
  34. Dan orang yg rugi itu (alkhaasir) ialah orang memanifestkan / merevealkan kesolihan 'amalnya untuk manusia sedangkan dia berduel atau bermubaarazah dgn keburukan 'amalnya akan Dia yg lebih dekat kpdnya drp uratlehernya sendiri (iaitu Allah swt).

Begitulah terjemahan kasar drp kitab Sifah As-Sofwah oleh Al-Imam Ibnu Al-Jauzi rah.a.,Jilid 4, Halaman 231. Semoga setiap nasihat diatas dapat kita menelitinya danmerenunginya. Dan marilah kita mengambil munafa'at drpnya.

Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

 

webmaster@mymasjid.net.my