Dua Golongan Penghuni Neraka

Oleh K-Car GTR
22-Aug-2002 01:17:31
1. Penguasa bercemeti

2. Perempuan bertelanjang

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua
golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat
mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti
bagaikan
ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan,
menghayun-hayun bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka)
bagaikan
bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk
syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi
syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."
(Riwayat Muslim)

ULASAN
Kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita lihat daripada
realiti
masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang
dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada
www.myjodoh.net
manusia dengan hukum
rimba. Dan ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.
Maksudnya,
kalau kita hendak kata berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik
kain
di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh,
kerana
walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka
samalah
dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat
tipis
sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Mereka
berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
seperti
goh unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan
dapat
mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
jarak
perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Hadis kelima belas dalam buku Empat Puluh Hadis Tentang Peristiwa Akhir
Zaman
susunan Abu Ali Al-Banjariyah An-Nadwi, terbitan Khazanah Banjariyah,
Maahad
Tarbiah Islamiyah, Pokok Sena, Kedah Darulaman, tahun 1991, m.s. 42 dan
43.




Kumencari ku menanti Penawar gusar hati Agar bisa ku berlari Mengejar realiti ('_')

 

webmaster@mymasjid.net.my