Keberkatan Membaca Surah Yassin Patut Kita Hayati

Oleh nuhann
28-Aug-2002 02:14:44
dan selamat pagi..

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
www.myjodoh.net
daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta
dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap
huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada
ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang
yang munafik.


Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.


wassalam..sumber: email

selalunya, yg tiada kita cari,yg ada tak dihargai, yg lebih dikejar, yg kurang dibiar, kelebihan dibangga, kelemahan dikesali, bersyukurkah kita?

 

webmaster@mymasjid.net.my