Maskawin Hantaran

Oleh iLa shuhaiLa
28-Aug-2002 02:19:40
Maskawin... hantaran....

Assalamualaikum WBT,

hai kengkawan semua yang masih belum kawin tu ,, sila baca untuk perhatian ... . baca lah untuk hiburan... hehehe... camni kalu... tak kawin ler den... .. HANTARAN Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, kalu tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompuan. Bapak selalu ikutkan aje ni semua kerja orang pompuan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompuan sendiri yang letak harga lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000, RM4000 masih ada jugak tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah tapi ada tu siap serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab
www.myjodoh.net
kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... .korang bacalah :- Antara sebabnya...

1. Anak pompuan sorang
2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompuan paling jembu dalam family
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompuan towkay kayu balak, mak pulak bekas ekseketip

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je) :-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Members tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara installment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."
7. "Kita worang Yindia mari. Itu yantaran kita kasi jugak. Tapi lupya anak musti tinggal sini jugak. Kita pya sarkek tamoh kasi dudur sanawokay?"

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Singapore dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Dinerske; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang Melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompuan tu pun kalau nak letak harga; berpatutan lah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Entahlah... .dunia... dunia...

Sekadar berkongsi cerita... fwded email...
Jaga Diri N Hiasi Peribadi..

 

webmaster@mymasjid.net.my