Anak2 Panah Iblis

Oleh Zabarjad
05-Sep-2002 22:37:07
Rasulullah saw berwasiat kepada Ali bin Abi Talib ra:

"Hai Ali,janganlah perturutkan satu pandangan pada pandangan seterusnya,kerana sesungguhnya bagimu adalah yg pertama dan bukan yg kedua."
(H.R.Ahmad,Abu Daud dan At-Tirmizi)

Berkata Jurair bin Abdullah ra:"Saya bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan yg tiba2,maka Rasulullah menyuruh saya memalingkan pandangan mata saya."
(H.R.Ahmad,Muslim,Abu Daud dan At-Tirmizi)

"Pandangan itu adalah anak panah beracun dari anak2 panah iblis,siapa saja yg menghindarinya kerana takut kepada Allah,ia akan dikurniakan keimanan
www.myjodoh.net
yg terasa manis di dalam hatinya."
(H.R.Al-Hakim)

Umar bin Khattab ra pernah berwasiat dalam satu pidatonya:Cegahlah diri kamu dari mengikuti keinginan2,kerana ia adalah ledakan dan semburan.Jika kamu tidak mampu mencegahnya,ia akan mengheret kamu ke dalam akhir hidup yg paling buruk.Sungguh kebenaran itu amat berat,sedangkan kebatilan begitu amat ringan.kadangkala sekali saja pandangan mata boleh membangkitkan keinginan syahwat,padahal syahwat sesaat boleh menyebabkan kesedihan yg tiada berakhir."

hidup adalah pencarian..
Sent to myMasjid eGroups: 9/5/2002 10:37:00 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 9/5/2002 10:37:00 PM

 

webmaster@mymasjid.net.my