3/7 : Al Quran Sebagai Sumber Inspirasi Dalam

Oleh Zana
14-Sep-2002 03:40:23
... sambungan Episod 2/7:Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi dalam...........



KANDUNGAN AL-QUR’AN

Walaupun kandungan al- Qur’an menyentuh pelbagai topik, namun tiga topik yang terpenting yang menjadi tema utama al-Qur’an ialah (pengesaan Allah), pedoman
hidup yang dibawa oleh Rasul-rasul, dan pembalasan dialam akhirat.

Al- Qur’an menyatakan dengan tegas, tentang
ketiga-tiga perkara tersebut. Al-Qur’an menyatakan bahawa Tuhan itu satu, manusia adalah seelok-elok ciptaan dan manusia mestilah menyembah Allah. Juga dinyatakan di dalam al-Qur’an, bahawa keseluruhan manusia berasal dari satu keturunan keturunan Nabi adam a.s.) yang kemudiannya berpecah menjadi puak, bangsa, dan kepercayaan yang berlainan. Allah telah
menghantar Rasul-rasul kepada semua kaum, membawa mesej yang sama iaitu mengajak manusia supaya menyembah Allah.

Al-Qur’an juga menegaskan bahawa segala amalan didunia ini, tidak ada
www.myjodoh.net
ertinya jika tidak mengikut petunjuk dan jalan yang benar. Mereka yang percaya kepada Tuhan dan mengikut pedoman yang diberi, akan
diadili dengan diberi balasan yang baik dan mereka yang tidak menerima seruan Tuhan juga akan diadili.

Dengan berteraskan tauhid dan kepercayaan bahawa, adanya pembalasan yang setimpal di Hari Akhirat, al-Qur’an seterusnya meletakkan asas-asas kepada sistem akhlak, sosial, politik, dan ekonomi yang menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup.

Ada beberapa tajuk yang dibincangkan berkali-kali di dalam al-Qur’an. Senarai sebahagian daripada tajuk tajuk tersebut adalah seperti yang berikut :

1. Keesaan Allah (Tauhid).

2. Sifat-sifat Allah dan Nama-nama Allah yang Mulia.

3. Muhammad ialah pesuruh Allah.

4. Al- Qur’an sebagai pedoman.

5. Islam sebagai al-Din yang diakui oleh Allah.

6. Malaikat sebagai hamba yang taat.

7. Kitab-kitab suci.

8. Rasul-rasul yang membawa risalah.

9. Hari Akhirat dan Pembalasan.

10. Sejarah Nabi-nabi dan Kaum-kaum zaman silam.

11. Kejadian dan tabiat manusia.

12. Seruan kepada orang yang beriman.

13. Seruan kepada seluruh manusia.

14. Ahli Kitab (yahudi, Nasrani dan lain-lain).

15. Orang munafik

16. Orang kafir

17. syaitan (iblis).

18. Jin.

Bersambung......
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

 

webmaster@mymasjid.net.my