Risalah Fikir (292) (a) Kenapa Kehebatan Allooh Swt Tercabut Drp Hati Kita ? (b) Tanda2 Orang Yg Meremehkan 'amalan Amar Ma'ruuf Dan Nahi Mungkar

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:29

Telah menerangkan 'Abdullooh bin 'Abdul 'Aziiz Al-'Umariyy (dikenali sebagaiAbuu Abdirrohmaan) roh.a. (beliau adalah termasuk ahli Madiinah,dan beliau wafatpada tahun 184H ketika berusia 66 tahun):

MAN TAROKA AL-AMRO BI AL-MA'RUUFI WA AN-NAHYA 'ANI AL-MUNKARI MIN MAKHOOFATIAL-MAKHLUUQIINA NUZI'AT MINHU HAIBATULLOOHI TA'AALAA FALAU AMARO BA'DHO WALADIHIAU BA'DHO MAWAALIIHI LASTAKHOFFA BIHI .

[Mafhuumnya kira2 : SESIAPA YANG TELAH MENINGGALKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF (IAITUMEMERINTAH ATAU MENYURUH ORANG LAIN BERBUAT BAIK/MA'RUUF) DAN 'AMALAN NAHIMUNGKAR (IAITU MENCEGAH ATAU MELARANG ORANG LAIN DRP BERBUAT PERKARA2 MUNGKAR)LANTARAN TAKUT KEPADA PARA MAKHLUUQIIN (LANTARAN TAKUT KPD MANUSIA DANSEBAGAINYA)MAKA DICABUTKAN DARIPADANYA AKAN KEHEBATAN ALLOOH TA'AALAA (HAIBATULLOOH),MAKA SEANDAINYA DIA TELAH MELAKUKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF TERHADAP SEBAHAGIAN DRPANAKNYA SAHAJA ATAU SEBAHAGIAN DRP MAWAAL-NYA(SAHABAT2NYA/TEMAN2NYA/SEKUTU2NYA/TETANGGA2NYA/PENGIKUT2NYA/TAMU2NYA/ANAK2NYA/MAJIKAN2NYA/ORANG2

www.myjodoh.net
YG MENYINTAINYA/ORANG2 YG MEMBERIKAN NI'MAT KEBAIKANKEPADANYA/BUDAK2 SAHAYANYA)SAHAJA MAKA PASTILAH INI BERMA'NA BAHAWA DIA TELAHMEREMEHKAN AKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF ITU SENDIRI].

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 181.

Antara pengajaran/i'tibaar/ulasan yang dapat diambil drp keterangan beliauroh.a. itu adalah :

[1]'Amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar adalah suatu 'amalan yang tersangatasas dan penting dalam agama kita. 'Amalan ini perlu dilakukan oleh setiap orangsemampu mungkin. Bila kita meninggalkan 'amalan ini kerana takut kepada makhluuq,maka akan dicabutkan kehebatan Allooh swt drp hati kita (na'uudzubillaahi mindzaalik !). Kalau kehebatan Allooh swt telah tercabut drp hati kita, maka apakahyg akan terjadi kpd kita ? Antum jawablah sendiri....

[2]Apabila kita menjalankan 'amalan amar ma'ruuf tidak secara menyeluruh,cuma terhadap sebahagian drp anak dan MAWAAL kita, maka pastilah kita masih lagitermasuk di dalam KELOMPOK YANG MEREMEHKAN AKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF itu sendiri!!! Maka apakah kita sanggup untuk berada dalam kelompok tersebut ? Tentu tidaksanggup.... Dan bagaimanakah pula nak dikelompokkan akan orang2 yang langsungtidak menjalankan akan 'amalan ini (atau membenci 'amalan ini / atau menghalang'amalan ini ) ? Antum jawab sendirilah...... Untuk itu, penglibatan kita dalam 'amalanyang sangat mulia ini perlu dipersuburkan dan diperluaskan lagi...... Semogakita tidak termasuk ke dalam golongan para mustakhiffiin (orang yg memandangringan/meremehkan) akan 'amalan amar ma'ruuf itu...

Apa kata antum yg budiman ?

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikumwrb. Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] ISTAKHOFFA BIHI : meremehkan,memandang ringan, ISTIHAANA [2] ISTIKHFAAF :hal mengganggap ringan/remeh [3] MUSTAKHIFF : orang yang memandang ringan, orangyg meremehkan.

 

webmaster@mymasjid.net.my