Risalah Fikir (293) Solaat Muwaddi' Pernahkah Dalam Hidup Ini Kita Merasai Solaat/solat Muwaddi' ?

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:29

Dan drp As-Sariyy bin Sufyaan Al-Ansooriyy roh.a., katanya (mafhuumnya kira2):

Telah iqoomat Ma'ruuf Al-Karkhiyy roh.a. (kerana hendak melakukan) akan solat,kemudian beliau berkata kepada Muhammad bin Abii Taubah roh.a. : Datanglah/majulahdan bersolatlah bersama kami !

Dan itu adalah (kerana) bahawasanya Ma'ruuf Al-Karkhiyy roh.a. adalah iatidak mengimami, adapun sesungguhnya beliau berazan dan beriqoomat sahaja danmemajukan orang lain (untuk menjadi imaam). Berkatalah Muhammad bin Abii Taubahroh.a. : Seandainya aku telah bersolat dengan kalian akan solat ini, (maka) akutidak bersolat dengan kalian akan solat yang lain .

(Lalu)menjawablah Ma'ruuf Al-Karkhiyy roh.a. : Dan engkau berkata kepadadirimu sendiri bahawa kamu (akan) bersolat yang lain ? Kami berlindung denganAllooh daripada panjangnya angan-angan, (sesungguhnya) panjang angan-angan itumenghalang akan sebaik2 'amalan !!!

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin

www.myjodoh.net
Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 319.

Dan begitulah ketinggian MUTU SOLAT yg ada pada Ma'ruuf Al-Karkhiyy roh.a.,sehinggakan kalau seseorang itu nak bersolat lalu memikirkan dan merancangkanuntuk melaksanakan solat yg lain (solat yg berikutnya mithalnya) setelahmengerjakan solat yg tadi, maka ITU PUN DIKIRA SEBAGAI PANJANG ANGAN-ANGAN !!Dan baginya bila ada lintasan atau angan-angan yg sebegini maka mutu solat ygdipersembahkan akan terjejas ya'nii tidak bisa menjadi solat yang terbaik ! Itubaru cita-cita untuk MELAKUKAN SOLAT YG BERIKUTNYA (walhal solat yg pertamabelum dilakukan atau belum habis dikerjakanlagi), bagaimana pula agaknya jikaseseorang itu bercita2 (berangan2) untuk melakukan aktiviti2 keduniaan yang lainselepas bersolat nanti seperti nak berniaga, nak bekerja, nak ke sana nak kesini ......dsbnya....(walhal solat pertama belum selesai atau masih sedangdilakukan lagi)... Sudah tentulah akan merosakkan lagi mutu solat yang belumatau sedang dikerjakan itu !!!

Sebenarnya sifat yg ada pada Ma'ruuf Al-Karkhiyy roh.a. adalah bersumberkanketerangan drp Rosuulullooh saw dan para Sahabat r.a. Banyak sekali keteranganyang menganjurkan kita supaya bila bersolat akan sesuatu solat maka janganlahmenyangka bahawa kita mendapat peluang lain untuk bersolat yg lain lagi, malahjadikan solat yg sedang dikerjakan itu sebagai solat yang terakhir (solatperpisahan), ya'nii anggaplah kita akan mati dan tak sempat bersolat lagiberikutnya dan inilah hidangan dan persembahan solat kita yg terakhir buatmenghadap Allooh swt !!! Jika perasaan dan hati kita ada ciri- ciri yg sebegini,insyaAllooh mutu kekhusu'an dalam solat kita akan terus meningkat.....

Sehubungan dengan keterangan di atas, disini diperturunkan suatu riwayat yangberkaitan, iaitu drp Sayyidinaa Mu'aadz bin Jabal r.a.

Sayyidinaa Mu'aadz bin Jabal r.a. telah menasihati anak lelakinya : YAABUNAYYA, IDZAA SOLLAITA SOLAATAN FASOLLI SOLAATA MUWADDI', LAA TAZUNNU ANNAKATA'UUDU ILAIHAA ABADAN, WA'LAM YAA BUNAYYA ANNAL- MU`MINA YAMUUTU BAINAHASANATAIN, HASANATIN QODDAMAHAA, WA HASANATIN AKHKHOROHAA ! [Al-Hilyah 1 :234]. [Mafhuumnya : WAHAI ANAK LELAKIKU, APABILA ENGKAU BERSOLAT AKAN SUATUSOLAT MAKA BERSOLATLAH SOLAT MUWADDI' (IATU SOLAT ORANG YANG AKAN BERPISAH /MENINGGALKAN / YA'NII SOLAT YG TERAKHIR KERANA AKAN MATI SELEPAS INI), JANGANLAHKAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN KEMBALI LAGI KEPADANYA (YA'NII KEPADA SOLAT)BUAT SELAMA2NYA !! DAN KETAHUILAH WAHAI ANAK LELAKIKU BAHAWASANYA SEORANG MU`MINITU AKAN MATI DI ANTARA DUA HASANAH/KEBAIKAN, HASANAH YANG TELAH DIDAHULUKANNYA,DAN HASANAH YANG TELAH DITA`KHIRKANNYA/ DITANGGUHKANNYA !!] [Al-Hilyah 1 : 234].

Begitulah mau'izoh Mu'aadz bin Jabal roh.a. buat anaknya. Sungguh tinggimau'izoh itu. Kehendak drp mau'izoh itu adalah, sebagai contoh : Jika kitabersolat isyaa`, maka lakukanlah sebaik-baik mungkin zohir dan baatin, berikantumpuan yang sepenuh2nya, anggapkan itulah solat yg terakhir, ya'nii akan matiselepas bersolat isyaa` itu dan tak lagi sempat nak bersolat sunnat ba'diyyahnya/dsbnya.Begitu pun solat yg lain2. Dan sesungguhnya Ma'ruuf Al-Karkhiyy roh.a. telahmendapat akan warithan yg tersangat bernilai ini.

Kembali kepada kita....

Pernahkah kita bersolat (walau pun sekali sahaja) dalam hidup ini akan solatmuwaddi' itu ? Saya rasa (khasnya buat diri saya) tidak pernah..... Yang pasti,sama ada sebelum bersolat (dan semasa bersolat) bermacam2 fikiran dan rancangankeduniaan datang pada hati dan fikiran kita (terutamanya saya sendirilah)......sehinggakanbila hampir2 nak beri salaam barulah mula teringat yg kita ni sedang bersolat (walhalsepanjang solat tadi fikiran kita mengembara-dan-mengembara setaberkhoyal-khoyal.....dsbnya). Kalau tiang agama ini telah rapuh buat kita,bagaimana nak mengharapkan yg lain2 lagi akan tertegak ? Kerana adalah (hampir)mustahil sebuah bangunan itu bisa tegak bertahan tanpa tiang yg kuat !

Apa kata para netter (s) yg budiman ?

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar.... Wassalaamu'alaikumwrb. Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] WADDA'A : meninggalkan
[2] WADAA' : farewell, leave-taking, adieu,valediction
[3] AL-WADAA' , WADAA'AN : farewell ! adieu ! God with you ! Good-by

 

webmaster@mymasjid.net.my