Risalah Fikir (300) Rezeqi Drp Allooh Swt Untuk Kita Bukan Untuk Dimasukkan Ke Dalam Perut Perut Kita Dan Bukan Untuk Diletakkan Di Atas Belakang2 Kita

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:29

Dan drp Maimuun bin Mahroon bahawasanya seorang lelaki drp Bani 'Abdulloohbin 'Umar r.a. telah datang (kepada 'Abdullooh bin 'Umar r.a.) lalu memintapakaian (meminta sehelai izaar ) daripadanya. Kata lelaki itu : Sesungguhnyaizaar_ku (pakaian_ku) telah menjadi robek.

Maka jawab 'Abdullooh bin 'Umar r.a : IRQO' IZAAROKA !! [Tambal / tampungolehmu akan pakaianmu !!].

Kemudian 'Abdullooh bin 'Umar r.a. pun memakaikan dia akan pakaian itu.

Maka lelaki/pemuda itu pun merasa tidak suka akan (tindakan/suruhan) 'Abdulloohbin 'Umar r.a. itu.

Maka berkatalah 'Abdullooh bin 'Umar r.a. kepada lelaki/pemuda itu :

WAIHAKA ! ITTAQILLAAH ! WA LAA TAKUUNANNA MINAL-QOUMI AL-LADZIINA YAJ'ALUUNAMAA ROZAQOHUMULLOOHU 'AZZA WA JALLA FII BUTUUNIHIM WA 'ALAA ZUHUURIHIM !!!

[Mafhuumnya : AHH ! BERTAQWALAH KAMU KPD ALLOOH ! DAN JANGANLAH KAMU MENJADITERMASUK DI-DALAM GOLONGAN QOUM/KAUM YG MENJADIKAN APA2 YG DIREZEQIKAN OLEHALLOOH 'AZZA WA JALLA KEPADA MEREKA KE DALAM PERUT-PERUT

www.myjodoh.net
MEREKA SENDIRI DAN DI-ATASBELAKANG2 MEREKA SENDIRI !!! ]

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 1, halaman 574 &575.

Antara kesimpulan/i'tibaar/ulasan/dsbnya:

[1] Tidak dapat dinafikan bhw 'Abdullooh bin 'Umar (atau Ibnu 'Umar) r.a. ituadalah seorang sahabat Rosuulullooh saw dan tindakannya itu (contohnya/kenyataannya)itu tidaklah boleh dipertikaikan, kerana setiap sahabat adalah contoh utk kitasemua.

[2] Nyata sekali bahawa sifat memakai pakaian bertambal adalah tersangatmulia. Sifat ini juga ada pada ayah Ibnu 'Umar r.a. (iaitu Sayyidinaa 'Umar Al-Khottoobr.a., banyak sekali riwayat mengenai ini). Nampaknya Ibnu 'Umar r.a. telahmewarisi sifat ayahnya itu (walau pun keterangan di atas menunjukkan bhw Ibnu 'Umarr.a. menyuruh lelaki itu memakai pakaian bertambal, sudah tentulah juga sifatini ada pada diri beliau sendiri r.a.).

[3]Mari ulangi kenyataan / suruhan Ibnu 'Umar r.a. itu iaitu :

[[AHH ! BERTAQWALAH KAMU KPD ALLOOH ! DAN JANGANLAH KAMU MENJADI TERMASUK DI-DALAMGOLONGAN QOUM/KAUM YG MENJADIKAN APA2 YG DIREZEQIKAN OLEH ALLOOH 'AZZA WA JALLAKEPADA MEREKA KE DALAM PERUT-PERUT MEREKA SENDIRI DAN DI-ATAS BELAKANG2 MEREKASENDIRI !!! ]]

Drp keterangan itu fahamlah kita bhw :

(a)Termasuk taqwaa adalah takut untuk bermewah2 (bersalin2/bertukar2) denganpakaian sehinggakan sebagai natijah drp itu maka ditambalnya pakaian yg dah ada(tetapi koyak), tidak digantinya dgn pakaian yang baru jika tidak benar2 perlu.[Mungkin ada yg berkata bhw taqwaa bukan pada pakaian tapi pada hati.]Ya, taqwaamemang pada hati, tapi intisari dan kesan drp kewujudan taqwaa yg ada di dalamhati itulah yang akan menjelma pada pakaian dan sudut2 zohir yang lain.Sesungguhnya batin dan zohir itu adalah berkaitan, yang satu menguatkan yg lain.Sesungguhnya pada amnya yg zohir itu adalah gambaran kekuatan batin.

(b) Rezeqi yg diberikan oleh Allooh swt kpd kita itu sebenarnya bukanlahuntuk diri kita sendiri semata2................. Lantaran itulah sahabat2 ygkaya pun mereka tidak menggunakan harta kekayaan itu utk kegunaan sendiri saja....malahditaburkannya di jalan Allooh swt dengan sebanyak2nya dan selimpah2nya.Sebaliknya kita hari ini (ana sendirilah), sebahagian besar drp rezeqi/harta ygAllooh swt berikan kpd kita banyak kita gunakan (atau simpan) untuk diri sendiri,entah zero point zero zero zero zero zero zero zero... sekian.... per sendigunakan atau disalurkan pada jalan Allooh swt. Itulah haqiiqotnya. Danlantaran itu, semoga LARANGAN IBNU 'UMAR R.A. di atas supaya kita tidak termasukke dalam GOLONGAN YG MENGGUNAKAN REZQI/HARTA YG ALLOOH SWT BERIKAN KPD KITAUNTUK MEMENUHI PERUT-PERUT KITA DAN BELAKANG2 KITA sahaja !!!

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar.... Wassalaamu'alaikumwrb. Al_faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] ISTAKSAA : meminta pakaian Ex : 'Ali istaksaa Ahmad ('Ali meminta pakaiankpd Ahmad).
[2] TAKHORROQO: telah menjadi robek/koyak, INKHOROQO, TAMAZZAQO.
[3] ROQO'A : telah menambal.

 

webmaster@mymasjid.net.my