Risalah Fikir (309) Menderhakai Allooh Swt Di Dalam Solat

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:30

Jika kita tidak cenderung dan tidak bersedia untuk belajar dan memperkemas-tingkatkan mutu solat, secara zohiir mahu pun baatin, maka sudah tentulah kita akan terjebak dengan ancaman berikut :

Telah berkata Wahiib (Wuhaib) bin Al-Ward roh.a. :

[Di sini ada matan 'Arabnya....]

Mafhuumnya kira2 : "Janganlah sampai kerisauan salah seorang kamu itu (hanya semata2) untuk memperbanyakkan `amalan sahaja. Tetapi hendaklah kerisauannya itu dalam menyempurnakan `amalan itu (iaitu supaya ada kesempurnaan/IHKAAM/IKMAAL/ITMAAM di dalam `amalan itu) DAN hendaklah kerisauannya itu dalam memperelokkan /mentahsiinkan mutu `amalan itu (iaitu supaya ada keperelokan / tahsiin dalam `amalan itu). MAKA SESUNGGUHNYA SEORANG HAMBA ITU KADANGKALA APABILA DIA SEDANG BERSOLAT, DIA (SEBENARNYA) SEDANG MENDERHAKAI (MELAKUKAN MA'SIYAT) TERHADAP ALLOOH SWT DI DALAM SOLATNYA. Dan adakalanya apabila dia berpuasa, dia (sebenarnya) sedang melakukan ma'siyat terhadap Allooh swt". [Sifatus-Sofwah,

www.myjodoh.net
mujallad 2, halaman 226].

Jadi, ancaman tersebut (iaitu SAMBIL BERSOLAT SAMBIL MELAKUKAN PENDERHAKAAN ATAU MA'SIYAT TERHADAP ALLOOH SWT) akan terjebak buat mereka yang tidak mahu mendasarkan `amalan solat mereka di atas (kepada) `ilmu. Walau pun kita begitu ghoirah sekali untuk ber'amal (bersolat), tetapi jika tidak didasarkan kepada `ilmu serta penghayatan, maka segala `amalan (solat) kita itu akan hancur hangus berkecai menjadi debu.

Dari sini jelaslah kepada kita akan betapa pentingnya usha mempertingkatkan mutu solat kita secara zohiir dan baatin, iaitu dengan benar2 memahami akan `ilmu masaail serta (`ilmu2 yang berkaitan) dengan penghayatan solat (zohiir dan baatin). Kerana tanpa memahami ini semua bagaimana bisa kita mengetahui bahawa sesuatu solat itu sama ada sah atau batal dsbnya. Sering, lantaran kejahilan dan kedegilan kita untuk belajar, kita terus bergelumang dengan solat yang batal……..Bukankah ini antara lain berma'na menderhakai (melakukan ma'siyat) terhadap Allooh swt di dalam solat ??

Contoh yang lain adalah, kita sering mengabaikan syarat2 sahnya sesuatu rukun di dalam solat, kita terus bersolat dan bersolat walau pun syarat2 itu tidak disempurnakan….Bukankah ini antara lain berma'na bahawa kita menderhakai (melakukan ma'siyat) terhadap Allooh swt di dalam solat kita ??

Contoh yang lain adalah, kita mengabaikan syuruutul-qudwah (syarat2 menjadi imaam / mengikut imaam) bila solat berjamaa'ah, kita terus berdegil untuk melanggari syarat2 tersebut…. Bukankah ini juga antara lain termasuk menderhakai (melakukan ma'siyat) terhadap Allooh swt di dalam solat ??

Dan sudah tentulah banyak lagi contoh2 yang lain….

Bagaimana Pula Penderhakaan (Melakukan Ma'siyat) Terhadap Allooh SWT Di Dalam Solat Secara Baatin ?

Perhatikan akan ayat Al-Quraan berikut :

[Di sini ada matan 'Arabnya.....]

Mafhuumnya : Dan dirikan olehmu akan solat itu kerana ingat/dzikir akan Daku (ya'nii akan Allooh swt). [20 : 14].

Kata Imaam Al-Ghozaali roh.a. (mafhuumnya) : Maka zohiir suruhan di dalam ayat di atas adalah SURUHAN WAJIB, ya'nii WAJIB atas seorang yang bersolat itu ingat hatinya di dalam solat itu akan Allooh swt. Maka barangsiapa bersolat padahal hatinya LUPA akan Allooh swt maka iaitu TIADA dinamakan MENDIRIKAN SOLAT, kerana itulah sayogianya bahawa HAADHIR HATI PADA TIAP2 RUKUN drp segala rukun sembahyang itu.

Juga Firman Allooh swt :

[Di sini ada Matan 'Arabnya......]

Mafhuumnya : Dan janganlah engkau jadikan dirimu (di dalam solat dan lainnya itu) daripada orang yang lalai (para ghoofiliin) akan Allooh swt . [7 : 205].

Kata Imaam Al-Ghozaali roh.a. (mafhuumnya) : Dan TEGAHAN di dalam ayat di atas iaitu TEGAH HARAM, ya'nii LALAI AKAN ALLOOH SWT ITU ADALAH HARAM dan HARAM ITU ADALAH DARIPADA KEJAHATAN.

Kedua-dua petikan Imaam Al-Ghozaali roh.a. di atas adalah daripada kitab Sairus-Saalikiin (halaman 66 & 67).

Jadi jelas di sini, bahawa mereka yg tidak ingat Allooh swt dan lalai di dalam solat adalah termasuk melakukan kejahatan (ma'siyat) di dalam solat.

Dan inilah juga, antara lain, pengertian yang selari dengan pengertian yg telah diberikan oleh Asy-Syeikh Wahiib bin Al-Ward roh.a. di atas.

Sekarang timbul suatu persoalan……. Kalau kita (termasuk saya sendirilah) `aasyiq melakukan penderhakaan (ma'siyat/kejahatan/yang haram) di dalam solat, maka sampai bilakah kita akan merasai kelazatan ber'ibaadah ( to'mul-`ibaadah) ??Kerana kelazatan ber'ibaadah itu akan terhalang buat mereka yang melakukan ma'siyat atau ber'azam (bercita2/berniat) melakukan ma'siyat.

Lihatlah keterangan Asy-Syeikh Wahiib bin Al-Ward roh.a. berikut ini :

[Di sini ada matan 'Arabnya....]

Mafhuumnya : Dan drp `Abdullooh Ibn Al-Mubaarok roh.a., katanya :

Wahiib bin Al-Ward roh.a. telah ditanya : Adakah seseorang yg melakukan ma'siyat (penderhakaan) terhadap Allooh swt itu bisa merasai lazatnya `ibaadah (to'mul-`ibaadah) ?

Jawab Wahiib : Tidak . Dan (bahkan) orang yang berniat (bercita2/ber'azam) untuk melakukan ma'siyat sekali pun tidak bisa merasai lazatnya `ibaadah !!!

[Sifatus-Sofwah, mujallad 2, halaman 222].

Orang yg bercita2 (berniat) untuk melakukan ma'siyat di LUAR SOLAT pun tidak bisa memperolehi lazatnya `ibaadah, apatah lagi jika dia melakukan ma'siyat di DALAM SOLAT ??

Mungkin ada yg berkata/bertanya : Mana bisa untuk tidak berma'siyat, semua orang melakukan ma'siyat…….lantaran itu mana bisamemperolehi kelazatan `ibaadah ?

Ya, memang benar, semua orang tidak terlepas drp melakukan ma'siyat (kecil besarnya mengikut darjah masing2). Dan sudah tentulah penyelesaian dalam hal ini adalah bertaubat.

Dan sebenarnya kita memang belum bertaubat lagi, kerana dosa kita yg mula2 sekali adalah tidak mahu belajar, ego kita untuk tidak mahu belajar adalah tersangat tinggi sekali, dan ini merupakan hijab yang tersangat besar yang menghalang untuk memperolehi permata2 yang seterusnya….. Ego kita untuk tidak mahu belajar solat (kesempurnaannya zohiir dan baatin) tersangat tinggi…….. sampai2 kita (termasuk saya sendirilah)masih celaru dan keliru lagi untuk membedakan walau pun yg zohiir2, mithalnya : yang mana satu berdiri yg wajib, yg mana satu berdiri yg sunat ? yg mana satu niat yg wajib, yg mana satu niat yg sunat ? yg mana satu Al-Faatihah yg wajib, yg mana satu Al-Faatihah yg sunat ? dsbnya…..apakah berdehem itu bisa membatalkan solat ? kalau imaam berdehem apakah tindakan kita sebagai ma'muum ? bagaimanakah seringkas2 i'tidaal dan bagaimanakah pula sesempurna2nya ? sahkah solat seseorang itu bila meninggalkan satu sabdu (tasydiid) di dalam Al-Faatihah ? apakah yg dimaksudkan dengan perut2 jari kaki ? ….. bilakah tidak disunatkan untuk duduk istirahat ? apakah yg dimaqsuudkan dgn irtibaat dalam solat ?……dsbnya.

Itu baru ditinjau dari sudut yg zohiir2. Dan sudah tentulah lebih mendahsyatkan lagi jika ditinjau dari sudut baatin, seperti dari sudut haadhir hati dan kekhusyu'an di dalam solat.Kalau dari sudut yg zohiir2 pun kita tidak bersedia (malah merasa ego) untuk memperbaikinya, janganlah diharapkan untuk terus maju dalam mencapai tahap2 ketinggian baatiniyyah (dari sudut keruhanian/ haadhir hati/khusyuu' /dsbnya) di dalam solat kita !!!

Sebelum kita tutupi mudzaakaroh ini, mari kita suburkan kembali pesan Imaam Maalik roh.a. :

[Di sini ada matan 'Arabnya...]

Mafhuumnya : "Barangsiapa menjadi seorang sufi (mempelajari dan mengambil jalan sufi) tetapi tidak menjadi seorang faqiih (tidak mempelajari `ilmu fiqih), maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang ZINDIQ (orang yg pada zoohirnya nampak beriman tetapi haqiiqotnya tidak beriman). Dan barangsiapa menjadi seorang faqiih (mempelajari dan mengambil jalan `ilmu fiqih) tetapi tidak menjadi seorang sufi (tidak mempelajari dan mengambil jalan sufi), maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang yang FAASIQ (seorang yang telah keluar drp jalan haq dan drp jalan kesolihan). Dan barangsiapa telah menghimpun di antara kedua-duanya itu (ya'nii telah mengambil kedua-dua jalan sufi dan jalan fiqih), maka sesungguhnya dia menjadi SEORANG YG TELAH MENGAMBIL JALAN YG HAQIIQOT (JALAN YG SEBENAR-BENARNYA)". [Petikan drp kitab Athar Al-Jamaa'ah Al-Islaamiyyah Al-Maidaani Khilaal Al-Qorn Al-`Isyriin, `Idaad Dr. Mahmuud Saliim `Ubaidaat. Maktabah Ar-Risaalah Al-Hadiithah, `Ammaan, Jordan/Urdun. Cetakan pertama 1409H/1989M, halaman 316].

SEMOGA PESAN IMAAM MAALIK ROH.A. TERSEBUT SENTIASA SUBUR DI HATI DAN INGATAN KITA BERSAMA….

Walloohu A'lam.Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar….Semoga kita sama2 bertaubat drp untuk tidak mahu belajar.Wassalaamu'alaikum wrb.Al-faqiiru ilallooh.

Perhatian 1 : Berikut adalah salinan risalah atau surat yang telah dihantarkan kepada beberapa rakan saya di Tandjung Pinang, Pulau Bentan, Indonesia. Kami begitu agak rapat dan sering saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Tapi sayang sekali, matan 'Arabnya tidak dapat dikembarkan bersama (kerana masaalah teknik). Kepada yg bisa berbahasa 'Arab, diharapkan dapat meruju' kepada kitab2 yang dinyatakan. Walau bagaimana pun, semoga kita semua (terutama saya sendiri) dapat mengambil manfa'at darinya. Dan saya mohon berbanyak2 kema'afan di atas kekurangan dan kecacatan....Semoga Allooh swt sentiasa membimbing kita semua ke jalan yg lurus.

Perhatian 2 : Bahagian yang bertulis seperti berikut ini:

[Di sini ada matan 'Arabnya....]

berma'na di situ ada matan 'Arabnya. Jadi kepada yang mampu sila dapatkan matan berkenaan. Itu saja......Penghantar RF]].

Mari kita teruskan mudzaakaroh kita…….

 

webmaster@mymasjid.net.my