Risalah Fikir (308) Najaabatul Walad

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:30

Buat mereka yg baru kahwin.... Buat mereka yg sedang berbulan madu..... Malahbuat sesiapa saja yang berkaitan.... Berikut adalah petikan/saduran drp kitabSairus-Saalikiin (halaman 51) :

BARANGSIAPA MAHUKAN NAJAABATUL-WALAD (KEMULYAAN / KEPANDAIAN / KEBAIKAN /KEELOKAN PADA ANAKNYA), MAKA HENDAKLAH IA MENDIRIKAN DI DALAM HATINYA PADAKETIKA BERJIMAA` (PERSETUBUHAN) ITU AKAN RUPA ORANG YANG DIKEHENDAKINYA DARIPADAAKAABIRUL-'ULAMAA` (PARA 'ULAMAA` YANG BESAR2) DAN ORANG YANG SOOLIH2 DAN ORANGYG BAIK RUPANYA DAN ORANG YG BAIK PERANGAINYA, DAN JIKALAU BERKEHENDAK IA BAHAWAMENGHUKUMKAN AKAN YG DEMIKIAN ITU MAKA MENJIMAA` IA AKAN ISTERINYA PADA HALMELIHAT IA AKAN ORANG YG 'AALIM ITU , UMPAMANYA DARIPADA BELAKANG DINDING, DANFIKIRKAN/RENUNGKAN (TA-AMMUL) AKAN KEELOKANNYA ITU, DAN MENYEBUTKAN PULA IA AKANKEELOKANNYA ITU KEPADA ISTERINYA ITU, DAN MENSELESAIKAN KEDUANYA DI DALAMMELIHAT KEPADA KEELOKANNYA ITU (KEEELOKAN SI 'AALIM TADI) , MAKA BAHAWASANYAJIKALAU JATUH BAGI PEREMPUAN ITU BUNTING

www.myjodoh.net
(YA'NII HAAMIL ATAU MENGANDUNG)DARIPADA JIMAA' ITU NESCAYA MEMBERI BEKAS DI DALAM BUNTING ITU BARANGYANGDIRUPAKANNYA DI DALAM HATINYA ITU DENGAN QUDROT ALLOOH SWT DAN KELUAR ANAK ITUDENGAN TIDAK DAPAT TIDAK SEPERTI YG DEMIKIAN ITU.

Begitulah kira2 kenyataannya. Wah....wah...wah... Nampaknya rancak jugaketerangan di atas. Jadi masing2 perlulah mencari si 'aalim mana yg nakdicurahkan sifatnya itu kepada bakal anak nya nanti dengan idzin Allooh swt..... Imam Al-Ghozaali roh.a. ? Imam Asy-Syaafi'ii roh.a., Imam An-Nawawi roh.a.?...dsbnya ??

Bagaimana pun, bagi yang baru kahwin atau yg sedang berbulan madu......masihkah lagi mempunyai kesempatan untuk ta-ammul (memikirkan/merenungkan) akankecantikan (jamaal) dan keelokan si 'aalim pilihan hati itu ??? Atau punlangsung tidak ada pilihan mana2 si 'aalim di hati ??? Atau bagaimana ?

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar...

Wassalaamu'alaikum wrb Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] NAJAABAH : kemulyaan, kepandaian.
[2] NAJAABATUL-WALAD : kemulyaan/kepandaian anak (ya'nii anak yg mulya/pandai).
[3] TA-AMMALA, YATA-AMMALU, TA-AMMUL : memikirkan, merenungkan.
[4] AMAL, IMLAH : harapan kj : AA-MAAL.

 

webmaster@mymasjid.net.my