Kesilapan Amal Di Bulan Ramadhan

Oleh Ajin76
16-Nov-2002 05:28:57
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan
oleh
orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah,
bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini
Allah
mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di
bulan ini, para Sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu
berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka
bukan
saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam
kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka
sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:

1. BerPuasa tetapi Tidak Solat

? Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat.
? Anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat.
? Ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya
solat
ketika
www.myjodoh.net
bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya
tidak
bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak Menjaga Batas-batas Agama

? Aurat: Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak
bertudung.

3. Menghabiskan Masa dengan Menonton TV, Video & CD

4. Merebut Peluang mencari Duit dengan Berniaga tapi Meninggalkan
peluang mendapat Pahala Berganda-ganda

5. Semakin Cepat Marah

? Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya
banyak bersabar.

6. Membazir Ketika Berbuka Puasa

? Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka
puasa.

7. Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah

8. Membiarkan/Menggalakkan anak-anak Bermain Mercun

? Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di Masjid/Surau yang
berdekatan.
? Sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini
dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya Puasa Makan dan Minum sahaja.

? Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga
dan
yang lainnya.
? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan
ucapan
dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan
minum."(Hadis riwayat Al-Bukhari).

10. Tanpa Persediaan Mental dan Emosi tentang Matlamat, Kelebihan dan
Kedudukan Puasa Ramadhan

? Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan
bulan
Ramadhan Al-Mubarak.
? "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika
kamu
tidak mengetahui."
(An-Nahl:43).

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh
Allah,
nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya."
(Muttafaq Alaih).

11. Menang Sorak, Tarawih Ala Kadar

? Solat secara ekspress.
? Melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat,
sehingga
menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca
ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara
tartil.
Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari
ruku'
dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak
sempurna.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam
solatnya:"Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum
solat." (Muttafaq Alaih).
? Silap bacaan Selawat.
? Tidak Istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama
sahaja.
? Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu Bersahur

? "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
? Abu Hurairah r.a. berkata, "Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma."
(Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi.)

Petikan Kuliah Ramadhan di BNM
Ustaz Zakaria Mamat
2 Ramadhan 1423H





 

webmaster@mymasjid.net.my