Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
23-Nov-2002 13:49:24
Diriwayatkan daripada Rifa'ah bin Rafi' r.a katanya:
Jibril a.s datang berjumpa Nabi s.a.w lalu bertanya: Apakah kedudukan orang-orang yang turut berperang di dalam peperangan Badar di kalangan kamu? Baginda menjawab: Mereka tergolong di kalangan orang-orang Islam yang paling baik atau ungkapan seumpamanya. Jibril berkata: Begitulah juga para malaikat yang turut berperang di dalam peperangan Badar.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran
www.myjodoh.net
Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Peperangan Badar berlaku pada bulan Ramadan tahun 2 Hijrah.
2- Kelebihan orang yang turut berperang di dalam peperangan Badar sama ada dari kalangan umat Islam ataupun para malaikat.
3- Allah mendukung umat Islam di dalam peperangan Badar dengan menghantar malaikat untuk meneguhkan kekuatan orang-orang beriman.
4- Penjelasan tentang keagungan kedudukan orang-orang yang soleh di sisi Allah.
'the truth is out there'

 

webmaster@mymasjid.net.my